Friday, January 9, 2015

Kenapa saya pilih shaklee, kenapa shaklee bagi saya berbeza. (part 2)

Dalam entry yang lalu, saya dah cerita bagaimana bisbes shaklee beri saya peluang untuk uruskan keluarga sambil jana pendapatan dari rumah. Bukan hanya peluang jana pendapatan yang saya perolehi saya juga dapat besarkan anak-anak saya dengan air tangan sendiri. Mereka tak perlu lagi ke taska atau day care. Saya pula tak perlu ambil cuti atau emergency leave kalau mereka sakit. Hidup saya lebih sempurna dan bahagia, 24 jam bersama mereka anak-anak syurga saya.

Ada lagi perkara yang buat saya jatuh cinta habess dengan shaklee. Ianya tentang kesihatan, alhamdulillah sejak saya kenal shaklee kesihatan kami sekeluarga bertambah baik. Shaklee memang terkenal sebagai syarikat pengeluar vitamin semulajadi yang pertama didunia. In fact, shaklee adalah pengeluar MULTIVITAMIN didunia. Bukan hanya mengejar keuntungan semata shaklee membelanjakan sejumlah wang yang besar nilainya untuk tujuan penyelidikan (insha Allah saya akan buat entry istimewa tentang istimewanya shaklee ini). Produk-produk shaklee menjalani ujian klinikal dan ia bukan hanya dijalankan oleh shaklee tetapi juga pihak ketiga bagi menjamin mutu produk-produknya dan yang penting produk-produk shaklee selamat dan mesra alam.

Bercakap tentang produk, saya kenal shaklee melalui set penyusuan shaklee kira-kira 3 tahun yang lalu. Saya ada kongsikan tentang pengalaman saya mengamalkan set penyusuan shaklee ni di sini. Kesan produk-produk shaklee ni bukan saya aje yang alamai tetapi juga keluarga saya suami dan anak-anak saya. Paling saya gembira mak saya juga semakin sihat dengan vitamin-vitamin shaklee. Bermula dengan alfalfa dan ostematrix emak saya kini salah seorang pengamal tegar produk-produk shaklee. Walaupun berusia 70an emak saya masih sihat dan kuat. Saya ada kongsikan tentang bagaimana sakit sendi dan kebas-kebas tangan emak saya hiang dengan alfalfa dan ostematrix disini. Dan yang paling buat saya gembira emak dah boleh solat berdiri semula.

ostematrix

ini emak saya umur dia tahun ini 71 tahun 

shaklee effect

Tahun lepas saya bawa dia ke Pulau Orang Utan di Bukit Merah Taiping, alhamdulillah dia boleh berjalan tanpa sebarang masalah.

Tahun ini tahun ketiga saya bersama shaklee, alhamdulillah dah ramai juga customer-customer saya yang dapat rasai kebaikan produk-produk shakleeni. Saya gembira dengan profession saya sekarang "bantu orang jadi lebih sihat". Bila saya dapat feedback positif dari mereka saya rasa sangat bahagia. Inilah shaklee effect saya.... bukan hanya dapat tingkatkan kesihatan keluarga tapi saya dapat bantu ramai orang diluar sana. Sampai jumpa lagi!

Salam ceria,
aniszzddin

No comments:

Post a Comment