Saturday, June 9, 2012

Kebaikan Vitamin A dan Gejala Kekurangan Vitamin A

Vitamin A adalah vitamin yang penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan penglihatan yang baik. Ia boleh dianggap sebagai ‘pelembap’ yang bertindak dari dalam!
Vitamin A bertindak mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan membran mukus yang lain daripada mengering.
vitamin a 1 Vitamin Tambahan | Kebaikan Vitamin A dan Gejala Kekurangan Vitamin A
Vitamin A juga sangat bagus untuk melindungi mata daripada kesan kerosakan akibat penuaan. Ia juga menggalakkan sistem pertahanan badan untuk menggunakan sel-sel yang diperlukan bagi melawan jangkitan.
Vitamin A dalam bentuk beta karotena (beta carotene) mempunyai sifat antioksidan yang kuat. Beta karotena melindungi kulit dan sel-sel badan daripada pencemaran bahan kimia dari persekitaran.
Sumber Vitamin A (beta karotena) boleh didapati dari buah-buahan berwarna oren dan kuning seperti labu, lobak, aprikot, mangga dan betik serta sayuran hijau seperti bayam.
Vitamin A dalam bentuk retinol pula sangat penting untuk kesihatan mata.
Sumber Vitamin A (retinol) boleh didapati dari lemak haiwan seperti kuning telur, minyak ikan, hati, mentega dan krim.

Kebaikan Vitamin A

  • Merawat jangkitan ringan
  • Meningkatkan daya penglihatan terutama pada waktu malam
  • Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kulit kering

Gejala-Gejala Kekurangan Vitamin A

  • Rabun malam
  • Masalah keradangan kulit seperti kering, kasar dan pecah
  • Mata kering
  • Luka lambat sembuh
  • Sistem saraf rosak
  • Deria merasa, mendengar dan membau kurang berfungsi
  • Masalah perpeluhan (kurang atau tiada langsung peluh)
  • Jangkitan paru-paru
  • Kerosakan hati
  • Gejala selsema seperti sakit kepala, muntah dan demam
  • Penglihatan tidak normal
  • Sembelit
  • Masalah keguguran rambut
  • Hilang selera makan
  • Sakit tulang
  • Susah untuk tidur
  • Kerosakan pada testikel (lelaki)
  • Bilangan sperma berkurangan (lelaki)

Gejala Terlebih Vitamin A

Vitamin A adalah bersifat larut lemak dan akan disimpan dalam badan sekiranya diambil secara berlebihan. Tanda utama terlebih Vitamin A ialah sakit kepala dan diikuti bibir merekah.

Jika mengandung anda perlu mengelakkan dari terlebih makan vitamin A kerana ia boleh menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan.

Sumber vitamin A saya ialah Shaklee Vitalea.

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan


Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.


Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

4 Perbezaan Shaklee

1. Kemajuan Saintifik

  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal

2. Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif

  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

3. Kualiti yang luar biasa

  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

4. Mengandungi nutrisi penting untuk tubuh badan
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

Dan vitalea sangat sesuai untuk sesiapa sahaja. Tak kiralah golongan pelajar, golongan yg bekerja, warga tua dan sebagainya. Untuk kanak-kanak, Shaklee ada menyediakan Vitalea For Children.
 Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam Ceria,
Aniszzddin 

No comments:

Post a Comment