Penawar kayap!

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada suatu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal)
Jika anda pergi ke klinik, doctor biasanya akan memberi ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valaclovyr dan famciclovir. Tetapi sekiranya pesakit mempunyai sistem imun yang rendah dan lemah kayap boleh menjadi lebih teruk.

Ini perkongsian tentang ikhtiar dengan supplement mengubati kayap oleh cik Norhayati Abd Halim. 

"Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect padamata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung! 
Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.
NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke..
LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two Face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.
Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~
Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!
HAppy Sayyidul Ayyam. Zikir Hari Ini: Ya Allah."


Kita hanya berikhtiar Allah juga yang berikan kesembuhan! 
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam Ceria,

Sekitar Team Building Supermom 2016

Alhadulillah pada 12dan 13 mac yang lalu saya sekali lagi berpeluang menyertai Supermom Team Building yang diadakan di Sri intan Resort Port Dickson. TeamBuilding ni memang acara tahunan group upline saya SUPEMOM dibawah naungan Master Hadhatina.

Tujuan Team Building ni diadakan selain dari membina momentum dan meningkatkan motivasi para leader ia juga salah satu acara yang mengumpulkan para leader dari seluruh malaysia untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan dalam usaha membangunkan jaringan dan empayar masing-masing. 

Team Building ni special sebab hanya leader-leader yang memenuhi kritiria sahaja yang terpilih. Seminar sambil bercuti ini di biayai 100% oleh Master Hadhatina, kiranya reward la atas pencapaian sepanjang cycle :)

Jom layan gambar-gambar kenangan sekitar STB 2016 ni.


Day 1:Sesi pertama, hari pertama. Jangan terkejut tauengok kami berseminar dengan anak-anak sekali sebab macam tagline group kami "ANAK TAK LEKANG DARINYA" bestkan tak perlu risai anak lapar susu :)


Acara bebas petang tu lepas habis sesi pertama. So apa lagi dah kata pantai betul-betul depan sri intan ni, ambil peluang la bawak anak-anak main pasir dan mandi manda. Saya boleh recharge.


paling win ni, siap naik banana boat setelah 11 tahun tak naik....dapat la merasa dilemaskan :)


BBQ Nite dan Karaoke disebelah malam. Meriah sangat, berbakat besar rupanya Family Supermom ni. Semua pun menghiburkan.


Day 2: Tele-match. Acara kanak-kanak dan kaum bapa yang paling meriah sekali. Mana tak nya semangat supermoms sekalian berikan moral support.


LDK (Latihan Dalam Kumpulan) lepas BBQ Nite tu kami ada sesi discussion. Antara yang dibincangkan ialah isu-isu yang melanda, cara mengatasi serta insentif yanga kan dijalankan cycle baru ni untuk boost sale kumpulan kami. Nampak tak tu, present sambil gendong anak, bukan benda asing tau! Itu kepakaran kami :)


Bergambar kenangan sebelum bersurai! 

Jika diizinkan Allah, panjang umur kita jumpa lagi tahun depan di STB 2107. Doakan kumpulan kami cemerlang cycle ini. 

Jika anda berminat untuk mempunyai bisnes sendiri boleh hubungi saya, Mentor Bisnes anda di 0126088399. Kami guide anda sampai berjaya! Yang penting ada kemahuan dan rajin berusaha. InsyaAllah kejayaan milik kita!

Salam Ceria,
Aniszzddin

Cara mengatasi masalah "mata kering"

Mata kering??? Macam mana nak tahu yang kita mengalami mata kering ni? Mengikut apa yang dikongsikan oleh pakar mata, seseorang itu mengalami masalah mata kering apabila ia kerap mengalami mata pedih, mata terasa letih dan mata bewarna merah. Mata kering ini disebabkan ketidakseimbangan kualiti lapisan airmata yang melembapkan/ membasahi mata. 

Dalam entry kali ini, saya ingin kongsikan tentang seorang yang menghidapi masalah mata kering dan ikhtiar yang beliau ambl untuk mengatasi masalah tersebut selain dari mendapatkan rawatan di hospital.



Alhamdulillah syukur sangatkan, bila masalah kesihatan kita dapat diatasi. Seperti yang Puan Mardhiah nyatakan. Beliau mencuba carotomax shaklee. Kepada yang baru pertama kali mendengar tentang carotoax shaklee ni, biar saya terangkan secara ringkas tentangnya.

Carotomax shaklee merupakan supplement yang dihasilkan dari gabungan 6 karotenoid terbaik iaitu alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, lycopene dan zeaxanthin. Carotomax shaklee membekalkan lebih 13mg (21,500iu) karotenoid dari sumber semulajadi iaiutu buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sifat anti oksidan seperti rumpai laut, lobak, tomato, marigold, epal, kentang, brokoli, biji anggur dan minyak sawit. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

Satu hidangan Carotomax shaklee bersamaan dengan:

89 hidangan raspberries >>alpha-carotene
102 hidangan pisang >>carotene
714 hidangan appricot>>lycopene
113g salmon>>astaxanthin
285 hidangan grapefruit>>lutein dan zeaxanthin 

Carotomax ni bukan sahaja untuk masalah mata, ia juga punya pelbagai manfaat lain. Berikut merupakan kebaikan Carotomax kepada kesihatan badan kita.

-Mengandungi vitamin A dari beta karoten yang selamat diambil berbanding vitamin A yang boleh menyebabkan keracunan toksik jika diambil berlebihan.

-Mempertingkatkan penglihatan dan mengatasi masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, mata kering, kelesuan mata, glaucoma, katarak, eye bag dan gegelung hitam dibawah mata.

-Meredakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, jerawat dan jeragat.

-Melindungi Ephitelial iaitu lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, pundi kencing.

-Melawan kanser dan kerosakan oleh radikal bebas serta menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

-Menghalang infeksi dengan merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru seperti batuk, hepatitis, asma, flu dan selsema.

-Menggalakkan perkembangan normal dan sihat dengan menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, memnran mukosa, gigi dan sistem reproduksi. Carotomax juga membantu menghasilkan sperma yang berkualiti dan sihat.

Dapatkan CAROTOMAX anda hari ini untuk kesihatan mata anda secara khasnya dan kesihatan keseluruhan badan secara amnya!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.


*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam Ceria,

Aniszzddin

Buasir boleh sebabkan anemia jika berlarutan! Ini cara atasinya segera!


Hemorrhoid atau Buasir adalah penyakit yang disebabkan oleh pembengkakan atau keradangan salur darah vena di bahagian dubur ( anus) atau akhir usus ( rectum). Buasir selalunya terjadi di sebabkan oleh proses meneran semasa membuang air besar ataupun disebabkan oleh meningkatnya tekanan darah di dalam vena semasa mengandung. Buasir (hemorrhoid) biasanya menjadi topic yang memalukan jika dibincang ,akan tetapi buasir merupakan penyakit ringan yang kerap berlaku.Setakat ini pelbagai cara rawatan yang berkesan telah ditemui bagi merawat pesakit-pesakit buasir. 


SIMPTOM-SIMPTOM 

Antara simptom-simptom buasir adalah : 

Pendarahan semasa membuang air besar tetapi tiada rasa sakit (warna darah yang cerah dapat dilihat pada tisu tandas ataupun mangkuk tandas) gatal-gatal atau beradang sakit atau rasa tidak selesa bengkak pada sekeliling anus ketulan yang menyakitkan disekitar dubur. Biasanya simptom-simptom buasir bergantung pada tempat sama ada buasir dalaman (internal hemorrhoid) ataupun buasir luaran (external hemorrhoid).



Buasir dalaman (internal hemorrhoid): di dalam kawasan rektum tidak dapat dilihat dan dirasa tidak menyebabkan rasa tidak selesa jika meneran akan menyebabkan ia berdarah,rasa sakit dan beradang. Buasir luaran (external hemorrhoid) : bawah lapisan kulit di sekitar anus berdarah atau gatal jika dirangsang kadang-kadang boleh menyebabkan darah membeku dan menyebabkan thrombus (darah beku yang menyumbat salur darah). Kesannya sakit yang teruk,bengkak dan beradang 


BILAKAH PERLU BERJUMPA DOKTOR

Pendarahan ketika membuang air besar merupakan tanda utama buasir .Tetapi keadaan ini boleh berlaku pada penyakit lain seperti kanser usus dan kanser anus.Bukan semua pendarahan datang daripada penyakit buasir,oleh sebab itu bejumpalah doktor dengan segera jika ada perubahan pada rutin perkumuhan anda ataupun jika najis kehitaman atau merah pekat atau najis berdarah. Keadaan tinja akan memberikan gambaran tahap pendarahan yang dialami.Rawatan kecemasan perlu jika anda mengalami pendarahan yang terlalu banyak,muntah-muntah,pening,atau tidak sedarkan diri. 

FAKTOR PENYEBAB 

Salur darah di sekitar anus berpotensi untuk membonjol,bengkak dan kemudiannya pecah.Ini disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada salur darah. Tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh : meneran ketika membuang air besar duduk terlalu lama di dalam tandas cirit-birit yang teruk atau sembelit kegemukan mengandung golongan berumur kerana salur darah semakin lemah 

KOMPLIKASI 

Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi: Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan. Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene).

RAWATAN

Jika anda sedang menderita buasir anda masih ada beberapa alternatif untuk merawatnya. Saya kongsikan disini.

1) Ubat-ubatan : 

Jika buasir yang dialami oleh pesakit hanya menyebabkan rasa tidak selesa,doktor akan mencadangkan pesakit menggunakan ubat sapu atau lampin.Ubat-ubat yang diberi oleh doktor mengandungi witch hazel atau hydrocortisone yang boleh melegakan kesakitan dan kegatalan.Pesakit dinasihatkan tidak menggunakan ubat sapu lebih dari seminggu melainkan yang disarankan oleh doktor ,kerana ia akan menyebabkan ruam pada kulit,radang dan kulit menipis. 

2)Rawatan yang mudah : 

Jika ketulan darah terbentuk pada buasir luaran (external hemorrhoid),doktor akan melakuakan torehan yang kecil untuk membuangnya.Rawatan tersebut cepat dan kurang komplikasinya. 

3) Doktor akan melakukan rawatan lain jika pendarahan pesakit buasir berterusan ataupun buasir yang menyakitkan antaranya : 

>>Menyekat pendarahan dengan gelang getah yang kecil (Rubber band ligation) 
>>Suntikan untuk mengecutkan tisu di sekitar anus. 
>>Teknik pembekuan, Teknik ini menggunakan laser atau cahaya infrared atau      
      haba. Teknik  ini memberi risiko yang tinggi untuk berulang kembali buasir.


4) Set Buasir Shaklee

Berikut adalah vitamin yang membantu penghidap buasir:

Zinc Complex
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih serius seperti keluar najis bersama darah & membuang air besar dengan rasa yang tersangat perit. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka dibahagian dalam dengan lebih cepat.

Omega Guard
Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur keatas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Disinilah omega memainkan peranan membantu mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

Ostematrix
Bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka dibahagian dubur.

rawatan buasir


Terserah kepada anda untuk membuat pilihan, tetapi ramai yang sudah mencuba set buasir shaklee dan mereka kini bebas dari buasir. 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

Cara pastikan anak dapat cukup nutrisi!

Memang kita ni mak-mak macam-macam benda nak dirisaukan. Anak tak suka makan pun risau. Anak asyik nak makan pun risau. Banyak makan belum tentu cukup nutrisi. Ibu kena juga tengok apa yang anak makan tu kan? Kalau makanan rapu, fast food memang tak cukuplah nutrisi. 

Dulu-dulu saya pun risau sebab dua-dua nak saya fussy eater. Puas saya cuba macam-acam resepi supaya kena dengan selera mereka. Sampailah sekarang mereka masih memilih makanan, tapi apa saya buat, saya tanya mereka setiap hari apa yang mereka nak makan? Saya masak makanan pilihan mereka. 

Dah resam kanak-kanak, sayur memang lah susah nak telan kan? Kalau aisy ok lagi sebab dia suka buah-buahan tapi auni buah pun tak berapa suka. So saya pilih untuk top up keperluan nutrisi mereka dengan supplement. Macam-macam brand ada kat farmasi tu tapi kebanyakannya ada pewarna dan perisa tiruan, tinggi kandungan gula yang boleh sebabkan terbentuknya kaviti. Oleh itu saya pilih VITALEA FOR CHILDREN DARI SHAKLEE. 

Apa yang specialnya brand shaklee ni???

1-Lengkap dengan 18 vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak.

2-Rumusan dengan xylitol pemanis asli yang tidak menyebabkan kaviti

3-Padat dengan vitamin:

*VITAMIN A*
Menyihatkan gusi dan gigi

*VITAMIN C*
Menyihatkan gusi, gigi dan kulit

*VITAMIN B6*
Meyokong penghasilan tenaga

*KALSIUM & VITAMIN D*
Menyihatkan dan menguatkan tulang

*ZAT BESI*
Menggalakkan penghasilan sel darah merah

*IODINE*
Menyokong penghasilan hormon yang penting untuk perkembangan sempurna

*MAGNESIUM*
Menyihatkan dan menguatkan tulang

*ZINK*
Menguatkan ketahanan tubuh dan mempercepatkan pemulihan

Paling special vitalea for children ini dihasilkan mengikut piawaian ketulenan dan kualiti yang ketat. Formula ini juga dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan 100 tahun serta bersandarkan paduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidikan shaklee.

Tugas seorang ibu untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Pilihlah yang terbaik buat keluarga kita.

Jom tengok apa kata ibu ni,



Testimoni 


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam ceria,
aniszzddin

Ketahui 5 perkara yang boleh menjejaskan kualiti sperma!

Entry ini khas untuk para bapa atau bakal-bakal bapa. Apa persediaan yang para bapa patut ambil jika merancang untuk mendapat cahayamata? Selain daripada faktor ketentuan Illahi, bagi kaum lelaki, ada juga faktor lain yang menyumbang kepada ketidaksuburan benih atau sperma. Gaya hidup dan aktiviti masa kini secara tidak lansung memberi kesan kepada sperma kaum lelaki tanpa disedari.


Untuk menjamin kualiti sperma yang dihasilkan, bapa perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil diet yang seimbang bagi meningkatkan kesuburannya. Saya telah kongsikan tentang diet dan nutrisi yang patut bapa ambil dalam entry yang lalu disini.

Hari ini saya ingin kongsikan pula tentang perkara-perkara yang boleh menjejaskan sperma. Perkara yang perlu dielakkan ialah:

1-JAUHI ROKOK & ARAK

Merokok, minum arak kerana ia mengganggu kesihatan bapa juga membahayakan kesihatan ibu yang hamil serta bayi dalam kandungan.

2-PILIH PAKAIAN DALAM YANG SESUAI

Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan menganggu pengaliran darah di kawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.

3-ELAK BERENDAM DALAM AIR PANAS ATAU BERADA DITEMPAT TERLALU PANAS
Testis Manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali ianya berada dalam lebih sejuk daripada suhu bahagian badan lain. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah. Tab mandian air panas tidak baik untuk dalam testis, 30 minit di jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma.

4-OBESITI
Obesiti di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita (estrogen) dalam tubuh lelaki, penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual, dan ketidaksuburan.

5- ELAKKAN KOPI
Pengambilan kopi secara berlebihan juga menjadi faktor yang menjejaskan sperma. Hadkan kepada satu hingga dua cawan sahaja sehari.

So 'papa-to-be' jaga makan dan rajin-rajin ambil supplement ye. Semoga usaha anda berhasil!!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam ceria,
aniszzddin

Diet dan nutrisi "papa-to-be". Ketahui apa nutrisi yang perlu bakal bapa ambil!

Siapa kata papa tidak perlu membuat persediaan sebelum merancang untuk mempunyai anak??? Sebenarnya diet papa penting untuk menghasilkan zuriat yang sihat. Untuk menjamin kualiti sperma yang dihasilkan, papa perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil diet seimbang bagi meningkatkan kesuburannya

Antara perkara yang perlu papa-to-be beri perhatian ialah:

1-Mendapatkan vitamin C yang cukup melalui pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Kekurangan vitamin C dan antioksidan lain seperti vitamin E menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Antara antioksidan yang disarankan ialah betakerotin, vitamin E dan selenium. Jika papa merokok keperluan antioksida adalah lebih tinggi

2-Mendapatkan zat besi yang cukup melalui penagmbilan lebih makanan laut, kuning telur, daging dan bijirin. Walaupun makanan yang disarankan tinggi kolestrol (kecuali bijirin) papa boleh mengambilnya dalam jumlah yang sederhana dan pada jangka masa anda merancang untuk mendapatkan zuriat sahaja.

3-Mendapatkan kalsium dan vitamin D yang mencukupi. Kalsium boleh didapati daripada sumber tenusu. Sumber paling murah vitamin D ialah cahaya matahari. Selain itu ia boleh diperolehi daripada hasil tenusu dan minyak ikan kod. Kajian menunjukkan, pengambilan 1000mg kalsium dan 10 mcg vitamin D setiap hari boleh meningkatkan kesuburan.

4-Mendapat sumber protein yang amat penting untuk penghasilan hormon, sel darah merah, pemulihan tisu, ketahanan badan dan sebagainya. Protein boleh diperolehi dari sumber makanan seperti ikan, ayam, tauhu, daging, susu, telur dan makanan laut. disarankan papa-to-be mengambil 2-3 hidangan protein sehari. Tapi cuba untuk pilih cara memasak yang kurang berminyak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kepada semua bakal-bakal ayah. Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat okey. Semoga ikhtiar anda berhasil....insyaAllah.



Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam ceria,
aniszzddin

Apa lagi yang menarik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...