Monday, January 7, 2013

Vitamin bantu tingkatkan kesihatan pundi hempedu!

PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati. Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh tubuh bagi penghadaman lemak. 

 Apakah fungsi hempedu?


Fungsi hempedu adalah menyerap lemak dalam tubuh. Setiap lemak yang kita makan akan ditapis oleh hempedu. Komposisi lemak yang terlalu banyak untuk ditapis dari makanan berlemak yg kita makan menyebabkan lemak bertukar menjadi batu. Alternatif lain selain membuang hempedu adalah dengan memecahkannya dari dalam tetapi ia berisiko. Batu yang pecah tadi mungkin akan ke hati, jantung atau organ lain dalam proses untuk disingkirkan dari tubuh. Jalan terbaik dengan membuang pundi hempedu. Kini fungsi hempedu terpaksa diambil-alih oleh hati pula.
Meskipun bahagian ini jarang diberi perhatian, namun kegagalan pundi hempedu berfungsi sebaiknya akan menyebabkan kemudaratan yang cukup berbahaya.

Menurut Pakar Pembedahan Hepatobiliari Klinikal Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Hairol Othman, kesakitan yang dialami bukan sahaja melibatkan bahagian abdomen malah terasa sehingga ke tulang belikat.

Gejala yang sering dihadapi adalah radang pada pundi hempedu berkenaan. Ini berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi hempedu pesakit. Keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar.

2 faktor utama terjadinya batu dalam pundi hempedu:

* kolesterol yg tinggi dalam badan 
* kalsium bilirubinate yang tinggi dalam badan.

“Batu hempedu terbentuk apabila kolesterol dan garam hempedu menjadi tepu. Ia akan membentuk kristal dan lama-kelamaan akan membesar lalu menjadi batu,” ujarnya.

Kesakitan yang dialami oleh pesakit biasanya disebabkan batu tersebut bergesel pada dinding pundi hempedu. Seringkali terjadi apabila seseorang itu mengambil makanan berlemak, pundi hempedu akan mengecut untuk merembeskan jus hempedu ke dalam usus untuk ‘meleburkan’ lemak tersebut.

BATU hempedu ditarik keluar dengan menggunakan endoskopi.

Jika batu hempedu tersekat di pangkal pundi hempedu, ini membolehkan berlakunya radang pundi hempedu. Lebih parah jika serpihan batu hempedu tersumbat pada saluran hempedu yang menyambungkan pundi tersebut pada usus. Ia seterusnya akan menyebabkan jaundis.

“Kerana itu, ramai antara pesakit yang mengalami penyakit kuning (jaundis) jika lambat menerima rawatan,” katanya.

Tambah Hairol, batu hempedu terdiri daripada tiga jenis iaitu batu hempedu kolesterol, pigmen dan campuran kedua-duanya yang dapat diketahui melalui warna.

“Batu kolesterol biasanya berlaku di kalangan masyarakat Barat, lembut serta berwarna kuning seolah-olah tanah liat,”

“Batu pigmen pula terdapat pada mereka yang menghidap penyakit berkaitan darah seperti anaemia hemolitik dan berwarna hitam serta agak keras,” jelasnya.

Bagi batu bercampur pula, kriterianya mirip kedua-dua batu tadi. Jenis ini selalunya terdapat di kalangan masyarakat Asia yang disebabkan oleh jangkitan atau pemakanan yang mengandungi kolesterol dan kalsium tinggi.

Justeru, tidak kira besar atau kecil saiz batu hempedu, ia perlu dibuang dengan teliti bagi mengelakkannya tersumbat atau beralih dan terlekat pada salur hempedu.

Rawatan

Proses bagi membuang pundi hempedu beserta batu-batu hempedu di dalamnya boleh dilakukan menerusi kaedah kolesistektomi laparoskopik .

Pencegahan

1-Corak dan gaya hidup adalah faktor utama dalam mencegah masalah pembentukan batu hempedu.

2- Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol seperti makanan segera, berminyak dan berlemak yg merupakan penyumbang utama dalam masalah pundi hempedu ini

3- Supplemen yg membantu memperbaiki kesihatan hempedu ialah

LECITHIN: Mengimulsi kolestrol berlebihan sekaligus menghalang pembentukan batu hempedu 

ALFALFA: Sumber serat yg membantu proses detoks dan juga menyerap lemak yg berlebihan

B- COMPLEX:  Bantu penghadaman, menukarkan lemak kepada tenaga dan bantu kawal kolestrol.

VITAMIN E: Antioksidan yg melawan radikal bebas

HERBLAX: Membersihkan usus, utk sistem penghadaman yg lebih sihat dan baik utk detoks.

 
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 
Salam Ceria,
Aniszzddin
  

1 comment:

  1. Sila izinkan kami memperkenalkan diri kami sebagai pakar menyingkir batu karang pundi hempedu. Kami, Agro pluz Biotech Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengkaji produk bioteknologi kami tersendiri. Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi selama 20 tahun, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang terdiri daripada Roselle, minyak zaitun dan bahan-bahan mineral.

    Produk kami yang berjenama DR GETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR GETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan.

    Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.

    Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa. Sila hubungi kami dengan emel agropluz@gmail.com / 016 977 5478 (Kelvin) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX