Sunday, April 2, 2017

Petua bersalin dengan mudah tanpa sebarang jahitan

Cakap pasal bersalin ni, tak kira lah kali ke berapa bersalin mak-mak mesti nervous kan??? Pengalaman saya  sendiri. Setiap kali nak bersalin nervous nya tu hanya Allah yang tahu. Bulan november tahun 2016 yang lalu saya telah bersalinkan anak  saya yang ketiga. Pengalaman bersalin kali ketiga ini sangat berbeza dengan yang sebelum ini. Kali ini proses kelahirannya sangat mudah. Sekali teran sahaja baby dah keluar. Paling seronok ialah bersalin kali ini tanpa sebarang luka perineum sedangkan berat baby ialah 3.4kg.




Bersalin mudah bukan beerti tak sakit langsung. Sakit tetap sakit memang tak boleh elak lah sebab tu Allah pun janjikan pahala yang besar. Sebab bersalin memang sakit. Maryam wanita penghuni syurga pun sakit nak bersalin ni. Bab sakit memang bukan dalam kawalan kita tapi kita boleh ikhtiar untuk mudahkan proses kelahiran dengan beberapa amalan dan petua. Bersalin kali ni saya memang tak minum air selusuh ke, air akar fatimah ke atau telan telur ayam kampung. Tempoh kelahiran pun sekejap sahaja tak sampai 1 jam pun. jam 4.30 petang masuk labour room, jam 5.08 petang mcm tu dah selesai semua.. Cepatkan? Alhamdulillah.. Syukur.



Nak tak saya sharekan tips bersalin mudah ini?? 
Semasa kandungan masuk minggu ke-34 saya telah mengamalkan satu teknik urutan iaitu urutan perineum. pernah dengar tak? Mungkin ada ibu-ibu pernah dengar kan urutan perineum ni? Pada yang pertama kali dengar dan tak tahu apa itu urutan perineum saya akan bagitau macam mana nak buat urutan perineum tu. Urutan perineum ini dapat membantu memudahkan proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Saya sendiri dah laluinya dan alhamdulillah berkesan untuk saya.
Gambar dibawah menunjukkan cara-cara bagaimana hendak melakukan urutan perineum.

Kita digalakkan melakukan urutan perineum ini di antara bahagian dubur dan faraj bermula dari kandungan berusia 34 minggu sehinggalah ke saat kelahiran. Sebelum memulakan urutan ini, pastikan jari kita betul bersih dan kuku mestilah pendek, supaya tidak berlaku sebarang luka atau jangkitan. Urutan ini dilakukan dengan menggunakan minyak kepala dara @ minyak zaitun.
Cara-cara urutan perineum:
– pastikan kuku dipotong pendek dan bersih, cuci dahulu tangan denagn sabun dan    bilas hingga bersih.
– gunakan minyak kelapa dara (VCO) @ minyak zaitun.
– letakkan beberapa titis minyak VCO @ zaitun di atas ibu jari.
– duduk dalam keadaan mencangkung @ posisi yang selesa.
– masukkan ibu jari dalam 1 inci kedalam vagina dan urut bahagian seperti di gambar di atas sambil menekan kebawah sedikit.
– tekan otot perineum kebawah dalam bentuk pusingan U selama beberapa minit.
– lakukan setiap hari @ boleh juga selang sehari, insya Allah otot bahagian ini akan menjadi lebih lembut dan elastik serta akan memudahkan baby keluar tanpa koyakan.

Selain itu sepanjang tempoh kehamilan, saya mengamalkan SET HAMIL SHAKLEE. Dari sebelum hamil lagi saya sudah amalkan vitamin-vitamin ni. Dalam set hamil shaklee ni ada ESP dan OSTEMATRIX. ESP dapat membantu memberi tenaga yang segera kepada badan serta nutrien-nutrien yang di perlukan oleh badan. Ostematrix pula sangat membantu dalam melancarkan proses bersalin kerana kalsium penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi. Pengambilan kalsium yang mencukupi boleh membantu mengelakkan masalah kekejangan/cramp sewaktu proses bersalin. Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri. Alhamdulillah sepanjang mengandung dan sepanjang proses kelahiran anak ke 3 ini saya tak mengalami kekejangan otot @ cramp. Doktor yang menyambut bayi juga beritahu saya yang perineum saya intek.
Kepada ibu-ibu hamil yang nak mudah bersalin hanya 1 kali teran sahaja tak perlu jahit langsung boleh la mencuba petua yang saya kongsikan di atas disamping jangan lupa padaNya, Berdoa banyak-banyak supaya dipermudahkan bersalin dan dapat melahirkan anak yang sihat, serta perbanyakkan berzikir dan membaca Al-Quran, Insya allah.
Meh nak belanja gambar baby saya ni.

Ini Aidan Harris. Masa ni baru beberapa jam selepas kelahiran :)

Semoga perkongsian ini membantu bakal-bakal ibu diluar sana membuat persediaan menghadapi hari bersalin nanti. Saya doakan semuanya dipermudahkan untuk kalian. Jika berminat nat dapatkan SET HAMIL, SET BERPANTANG & SET MENYUSU boleh hubungi saya di 0126088399 atau email di aniszzddin@gmail.com
Salam ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX