Friday, January 15, 2016

Risiko kurang asid folik, kalsium & zat besi yang ibu kena peduli!

Sebaik sahaja merancang untuk mempunyai zuriat, bakal-bakal ibu dan bakal-bakal bapa perlu menumpukan perhatian untuk memastikan diri kalian sedia dan sihat untuk menimang cahaya mata. Ibu terutamaya, pastikan ibu mendapatkan cukup nutrisi agar bayi yang bakal dikandung nanti membesar dengan sihat didalam kandungan. 


vitamin ibu hamil


Antara zat penting ketika hamil ialah asid folik, kalsium dan zat besi. Kesemua nutrisi ini sangat penting bahkan ibu-ibu disarankan untuk mengambilnya sedari 3 bulan sebelum hamil. Kekurangan nutrisi-nutrisi ini boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada ibu dan juga bayi. Antarnya ialah:

1-BAYI KURANG BERAT

Apabila tahap hemoglobin rendah, kapasiti darah untuk membekalkan oksigen pada anak akan berkurangan. Secara tidak langsung, tumbesaran anak didalam rahim akan terencat. Bayi akan dilahirkan dengan berat dibawah 2.5kg walaupun sudah cukup bulan.


2-RISIKO KECACATAN SARAF TUNJANG

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.


3-IBU LEBIH LETIH

Tahap hemoglobin yang rendah boleh menyebabkan ibu mendapat gejala letih lesu, tumpah darah sewaktu hamil, pitam dan kegagalan fungsi jantung kerana jantung tetap mengepam dengan pantas walaupun bekalan oksigen kurang.

Manakala kekurangan kalsium pula menyebabkan gejala kebas-kebas dan kekejangan pada bakal ibu. Pembentukan tulang dan gigi bayi pun terjejas. Kemungkinan berlakunya tulang rapuh yang menyebabkan pembentukan bow legs atau kaki bengkok.

Jadi mommies jangan culas ambil vitamin prenatal ye. Sewaktu hamil pemakanan kita beri impact kepada kesihatan orang lain iaitu zuriat kita makanya kena jaga pemakanan kita pastikan ianya berkhasiat. 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam ceria,
aniszzddin






No comments:

Post a Comment