Thursday, January 14, 2016

Ketahui 4 nutrisi penting jika anda merancang untuk hamil!

Diet sihat yang seimbang adalah penting untuk tubuh bakal ibu berada dalam keadaan sihat begitu juga dengan bayi yang bakal dikandung nanti. Semua makanan yang ibu makanan akan jadi makanan untuknya juga. Dan nutrisi yang ibu simpan sebelum kehamilan  adalah penting untuk perkembangan awal sewaktu organ utama terbentuk. Antara zat yang penting ialah:

1.ASID FOLIK
Asid folik, salah satu unsur daripada vitamin dari kumpulan B membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil agar meningkatkan pengambilan harian asid folik kepada 0.6mg dengan mengambil 0.4mg tambahan sebelum hamil dan 12 minggu awal kehamilan. 

2.ZAT BESI
Zat besi penting untuk sel-sel darah merah dalam badan manusia serta mencegah anemia. Bagi ibu hamil, zat besi lebih banyak diperlukan kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutamanya pada dua trimester terakhir. Zat besi boleh diperolehi dari sumber makanan seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis ibu boleh mendapatkannya dari vitamin tambahan.

3.KALSIUM
Kalsium perlu bagi ibu kerana berdasarkan kajian kalsium yang cukup berperanan menguruangkan kecenderungan bakal ibu mendapat darah tinggi (hypertension) sewaktu hamil.

4.DHA
DHA memainkan peranan yang besar terhadap perkembangan minda bayi. DHA juga berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. DHA boleh diperolehi dari sumber makanan seperti ikan salmon atau dari supplemen seperti omega 3 dan omega 6.

makanan untuk hamil


Kepada pasangan yang merancang untuk mempunyai anak, perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah memastikan diri bakal ibu dan bakal bapa sihat untuk menghasilkan zuriat. Secara ideal, anda perlu bersedia untuk hamil sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum persenyawaan berlaku supaya anak anda dapat memulakan hidupnya dengan baik.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam ceria,
aniszzddin


No comments:

Post a Comment