Tuesday, January 19, 2016

Diet dan nutrisi "papa-to-be". Ketahui apa nutrisi yang perlu bakal bapa ambil!

Siapa kata papa tidak perlu membuat persediaan sebelum merancang untuk mempunyai anak??? Sebenarnya diet papa penting untuk menghasilkan zuriat yang sihat. Untuk menjamin kualiti sperma yang dihasilkan, papa perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil diet seimbang bagi meningkatkan kesuburannya

Antara perkara yang perlu papa-to-be beri perhatian ialah:

1-Mendapatkan vitamin C yang cukup melalui pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Kekurangan vitamin C dan antioksidan lain seperti vitamin E menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Antara antioksidan yang disarankan ialah betakerotin, vitamin E dan selenium. Jika papa merokok keperluan antioksida adalah lebih tinggi

2-Mendapatkan zat besi yang cukup melalui penagmbilan lebih makanan laut, kuning telur, daging dan bijirin. Walaupun makanan yang disarankan tinggi kolestrol (kecuali bijirin) papa boleh mengambilnya dalam jumlah yang sederhana dan pada jangka masa anda merancang untuk mendapatkan zuriat sahaja.

3-Mendapatkan kalsium dan vitamin D yang mencukupi. Kalsium boleh didapati daripada sumber tenusu. Sumber paling murah vitamin D ialah cahaya matahari. Selain itu ia boleh diperolehi daripada hasil tenusu dan minyak ikan kod. Kajian menunjukkan, pengambilan 1000mg kalsium dan 10 mcg vitamin D setiap hari boleh meningkatkan kesuburan.

4-Mendapat sumber protein yang amat penting untuk penghasilan hormon, sel darah merah, pemulihan tisu, ketahanan badan dan sebagainya. Protein boleh diperolehi dari sumber makanan seperti ikan, ayam, tauhu, daging, susu, telur dan makanan laut. disarankan papa-to-be mengambil 2-3 hidangan protein sehari. Tapi cuba untuk pilih cara memasak yang kurang berminyak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kepada semua bakal-bakal ayah. Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat okey. Semoga ikhtiar anda berhasil....insyaAllah.



Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam ceria,
aniszzddin

1 comment:

  1. Sebaik-baiknya persediaan nak jadi papa to be ni seawal persiapan perkahwinan. So lagi mudah untuk dapat zuriat di awal perkahwinan

    ReplyDelete