Thursday, January 21, 2016

Ketahui 5 perkara yang boleh menjejaskan kualiti sperma!

Entry ini khas untuk para bapa atau bakal-bakal bapa. Apa persediaan yang para bapa patut ambil jika merancang untuk mendapat cahayamata? Selain daripada faktor ketentuan Illahi, bagi kaum lelaki, ada juga faktor lain yang menyumbang kepada ketidaksuburan benih atau sperma. Gaya hidup dan aktiviti masa kini secara tidak lansung memberi kesan kepada sperma kaum lelaki tanpa disedari.


Untuk menjamin kualiti sperma yang dihasilkan, bapa perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil diet yang seimbang bagi meningkatkan kesuburannya. Saya telah kongsikan tentang diet dan nutrisi yang patut bapa ambil dalam entry yang lalu disini.

Hari ini saya ingin kongsikan pula tentang perkara-perkara yang boleh menjejaskan sperma. Perkara yang perlu dielakkan ialah:

1-JAUHI ROKOK & ARAK

Merokok, minum arak kerana ia mengganggu kesihatan bapa juga membahayakan kesihatan ibu yang hamil serta bayi dalam kandungan.

2-PILIH PAKAIAN DALAM YANG SESUAI

Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan menganggu pengaliran darah di kawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.

3-ELAK BERENDAM DALAM AIR PANAS ATAU BERADA DITEMPAT TERLALU PANAS
Testis Manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali ianya berada dalam lebih sejuk daripada suhu bahagian badan lain. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah. Tab mandian air panas tidak baik untuk dalam testis, 30 minit di jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma.

4-OBESITI
Obesiti di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita (estrogen) dalam tubuh lelaki, penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual, dan ketidaksuburan.

5- ELAKKAN KOPI
Pengambilan kopi secara berlebihan juga menjadi faktor yang menjejaskan sperma. Hadkan kepada satu hingga dua cawan sahaja sehari.

So 'papa-to-be' jaga makan dan rajin-rajin ambil supplement ye. Semoga usaha anda berhasil!!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam ceria,
aniszzddin

2 comments:

  1. Kalau isteri2 xtahu nak buat cane lagi dah untuk suami berhenti merokok, belikan vivix untuk suami. Usaha sikit lagi

    ReplyDelete
  2. Ternyata berendam di dalam air hangat boleh mengurangkan kualiti sperma, saya baru tahu, terima kasih maklumatnya. Kunjungi balik saya di obat herbal darah tinggi

    ReplyDelete