Sunday, February 22, 2015

Kenali "sofia the first" dalam iReach family!

Haaaa??? Sofia the first tu betul2 wujud???? Ada dalam iReach family???? 


Siapa "Sofia The First" dalam iReach Family ni????

Hehe sebenarnya entry ini adalah salah satu tugasan yang diberikan oleh mentor kami Master Lyna Noh dan Master Zainul. Tugasan ini diberikan semasa penghujung kelas leader yang berlangsung pada 17 February yang lalu.

Tugasan simple ini bagi saya sangat best sebab kami ahli keluarga iReach boleh mengenali kawan2 seperjuangan kami dengan lebih dekat lagi. Setiap orang diminta menulis 3C (car, country & charactor) yang memberi inspirasi dan dimasukkan kedalam sebuah bekas dan kemudian diberikan kepada kami untuk mengambil sekeping seorang. Berbekal maklumat 3C ini kami diminta buat entry tentang individu yang memiliki kertas tertulis 3C tersebut. Dan saya memiliki kertas 3C Dilla Jalil salah seorang leader yang punya reputasi dalam iReach family.

Walaupun seorang leader yang hebat dan punya reputasi namun Dilla Jalil sebenarnya seorang yang mudah didekati kerana sifat peramah dan mudah mesra yang dimiliki persis "character" kegemaran beliau Sofia The First yang asalnya budak kampung yg biasa sahaja kemudian menjadi puteri raja, namun sofia masih kekal dengan perwatakannya yang sederhana dan mesra dengan sesiapa sahaja.

Anak sulong dari 3 orang adik beradik ini berasal dari Klang dan sekarang menetap diIpoh. WAHM a.k.a pemilik blog mamaqaireen.com ini juga seorang  Breastfeeding Peer Counselor di Perak. Saya doakan semoga impian Dilla untuk memiliki kereta idaman dan melancong bersama keluarga ke negara-negara yang menurut beliau memberi inspirasi kepada beliau itu dimakbulkan oleh Allah swt. 



Ada sekeping ni je gambar kenangan bersama "sofia the first" iReach ni. 

Semoga Dilla juga terus success bersama shaklee dan masih kekal dengan sebagai Sofia the first walaupun dah bergelar master nanti :)








3 comments:

  1. wahhh sangat berkarisma wajah ittew..hahaha..

    ReplyDelete
  2. Phewwwit.. Dilla Jalil nampak kurus aa sekarang!

    ReplyDelete
  3. tengok posing tu sama mcm princess sofia hehe

    ReplyDelete