Friday, January 16, 2015

Resepi "Legend" ibu dalam pantang

Berpantang adalah satu sesuatu yang indah sebenarnya. Sebab masa berpantang (kalau pantang kat umah mak la ye) layanannya untuk 2 minggu pertama memang istimewa. Dari pada penjagaan diri sampailah menu makanan semuanya bagi saya istimewa (walaupun ada yang erm boleh tahan juga tekak ni nak terima haha). Macam menu berpantang yang best-best (ceh saje je nak bg ibu2 yang tengah tunggu hari tu excited hehe). Tapi yang paling saya rasa "legend" sangat dan saya suka ialah hati lembu masak black paper. Yang ni memang boleh mkn nasi berpinggan-pinggan ye. 

resepi berpantang


Saya kongsikan resepinya disini:

½ kg hati lembu (di rebus)
5 ulas bawang merah (di kisar)
5 ulas bawang putih (di kisar)
2 labu bawang besar (di kisar)
3 cm halia (di kisar)
100 gm sos lada hitam
2 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis kesemua bahan-bahan yang telah di kisar sehingga pecah minyak.
Setelah tumisan pecah, minyak masukkan hati lembu yang telah di rebus dan gaul sebati.
Setelah itu, masukkan sos lada hitam dan kicap pekat, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula.
Sedia untuk di hidang.

***Bersihkan hati lembu dengan menggunakan tepung gandum, perap seketika kemudian di bilas.


Mudahkan resepi ni, boleh sediakan sendiri je kalau ibu-ibu berpantang sendiri ^_^.  Selamat mencuba resepi ini dan selamat berpantang ye bakal-bakal ibu :))

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX