Thursday, January 15, 2015

Wujudkan rumah yang bersih dan bebas toksik dengan get clean series shaklee

Suasana rumah yang bersih dan segar penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Terutamanya jika anda mempunyai bayi yang sensitif dengan persekitaran kerana mengalami alahan (allergy), ekzema mahupun asma (sesak nafas). Sama seperti kisah bagaimana CEO shaklee Mr Roger Barnett mengenali shaklee. 

Ia bermula ketika anak lelaki Mr Roger berumur 3 tahun setengah mula batuk tanpa henti dan pernafasan yang menjadi semakin kencang. Ketika keadaan yang mendebarkan itu anaknya di bawa ke wad kecemasan serta merta. Di hospital, doktor mengesahkan anaknya penghidap penyakit asma. Mr Roger dan isterinya bingung kerana mengikut sejarah kedua-dua keluarga mereka, tiada seorang pun yang mempunyai sejarah penyakit asma.
Setelah disahkan anaknya menghidap penyakit asma bukan berpunca dari genetik, isteri Mr Roger mula membuat kajian tentang persekitaran mereka. Mengikut kajian yang dilakukan oleh isterinya, didapati bahawa ada sesetengah bahan kimia yang mungkin merengsakan paru-paru dan seterusnya menggalakkan serangan penyakit asma. Ia tidak lain tidak bukan datangnya dari pencuci rumah yang bertoksik dan berasaskan bahan kimia.
Lihat bagaimana kita sebenarnya tanpa sedar mendedahkan keluarga kita kepada ancaman toksik. Dari situlah bermulanya keluarga Barnett mencari solusi dalam menggantikan seluruh kelengkapan pembersih di rumah nya kepada rangkaian Shaklee “Get Clean” yang berasaskan bahan semulajadi dari kelapa dan jagung. Perubahan dapat dilihat selepas keluarga Barnett menukar segala bahan pencuci rumah mereka. Anak lelaki mereka, Spencer yang menghidap penyakit asma itu tidak perlu lagi ke hospital. Disebabkan Mr Roger amat berpuas hati dan yakin dengan produk ini maka beliau pun membeli syarikat Shaklee Corporation bertitik tolak dari saat itu.
Anda boleh tonton kisah ini ketika Mr. Roger Barnett kongsikan dalam rancangan temubual terkenal, Oprah :

Menerusi kisah anak Mr Roger Barnett ini, saya yakin ramai ibu-bapa di luar sana dapat mengaitkan kisah ini dengan diri mereka.Jika sebelum ini kita hanya mengaitkan habuk, debu dan hama kepada penyumbang serangan penyakit asma anak kita, nampaknya kita terlepas pandang tentang elemen pencuci rumah yang kita gunakan.
Persekitaran bukan sahaja luar tetapi dalam rumah juga. Kita menghabiskan lebih masa dalam rumah dan udara dalam rumah adakalanya lebih tercemar  dari luar. Ini kerana, rumah kita tertutup dan bahan-bahan kimia yang digunakan di rumah akan terperangkap di dalam rumah.
Saya dan ramai ibu-ibu diluar sana memilih GET CLEAN SERIES yang terdiri daripada pencuci pinggan mangkuk, sabuh basuh baju, pelembut kain dan juga pencuci serbaguna yang semuanya dihasilkan tanpa bahan kimia.
ancaman toksik


No comments:

Post a Comment