Friday, June 14, 2013

OVARIAN CYST - Mimpi ngeri wanita, ketahui jenis-jenis cyst dan bagaimana merawat tanpa dibedah.

OVARIAN CYST adalah kantung yang mengandungi cecair yang berada dalam kilang telur ovari. Cecar ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan adakalanya mengandungi tisu2 seperti rambut dan gigi serta mempunyai saiz yang berbeza-beza.


JENIS-JENIS CYST



1. Follicular cyst. Mengandungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.

2. Corpus luteal cyst. Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.

3. Hemorrhagic cyst. cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.

4. Ruptured ovarian cyst. Menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.

5. Endometriotic cyst. ovary mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu dibedah.

6. Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah.

Bila pembedahan perlu?

Pembedahan bukanlah satu2nya rawatan yang perlu dijalani oleh mereka2 yang disahkan mempunyai cyst, pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya:

1-Biopsy perlu dilakukan dimana doktor perlu mengambil sedikit tisu untuk menentukan samada ianya kanser atau bukan.

2-Membunagn ovarian cyst sekiranya ia mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit dan saiznya melebihi 5cm yg dikuatiri akan pecah dan memberi kesan buruk yang lain kepada pesakit.

3-Untuk melakukan pembuangan ovari jika cyst yang disangka biasa itu sebenarnya ovarian kanser.

Walaupun terdapat beberapa kriteria diatas tetapi tidak semua pesakit yang mempunyai cyst perlu menjalani pembedahan. Sebaiknya dapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor sakit puan. Doktor akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. 

Jika anda ingin mencuba kaedah alternatif iaitu merawat cyst dengan supplement saya kongsikan testimoni ini. CREDIT

---------------------------------------------------------------------------------------------

Masih teringat masa saya zaman sekolah2 dulu, saya mengalami senggugut setiap kali ‘ia’ datang.  Ingatkan perkara biasa, jadi saya tidak merawatnya dan biarkan sahaja setiap bulan. Tetapi makin lama makin teruk dan semasa saya di Uk, saya memang mengalami senggugut yang AMAT teruk sekali setiap kali ‘ia’ datang.  Dan setiap kali itulah saya tidak ke kelas untuk 2-3 hari pertama bila ‘ia’ datang.  Memang sakit tak terhingga. Dan saya buat appointment dengan GP saya. Masa tu tahun 2004. Saya tak nafikan doctor di sana memang bagus. (bukan nak compare yea..tapi itulah hakikatnya..). Mereka membuat penelitian setiap satu kes itu dengan terperinci, walaupun kes itu is early detection.  Maksudnya bukanlah nak tunggu sakit dah nak mati baru nak buat penelitian kes.  So, pada permulaan doctor SUSPECT am suffering of endometriosis.  Masa tu kes suspect je yea.  Then after a week, get back to the GP and he concluded (yes..he is he..susah nak dpt a lady doctor kat sana..) that am actually having the endometriosis.  I was like, what is endometrio-cyst? Barah ke, kanser ke? Tak boleh beranak ke? Eish macam2 kat fikiran masa tu, dahlar nak exam, study lagi, project lagi..serabut kepala..Pastu dia explained…

Ini saya extract dari one website ape tu endometriosis atau ade org sebut watercyst (cyst di pangkal rahim)..
Endometriosis is a female health disorder that occurs when cells from the lining of the womb (uterus) grow in other areas of the body. This can lead to pain, irregular bleeding, and problems getting pregnant (infertility).


Yes..masa tu barulah saya faham..bukan tak boleh pregnant, tapi susah skit bila ada endomet ni..So, first diagnose, GP bagi birth control pills – seingat saya namanya Microgynon 30 oral contraceptive..it is for hormone..katanya sebab saya punya hormone dalaman tak dapat membantu, jadinya kena amik orally..Doktor bagi utk 3 bulan pertama, nak tengok macamane ianya membantu.  Oklah, masa 3 bulan tu kurang lar sikit sakit senggugut tu bila ‘ia’ datang, tapi not much help sebenarnya sebab bergantung pada oral contraceptive..

So, after 3 months, get back to the doctor and he said he cannot prolong the contraceptive pills because later bagi kesan pulak sebab saya masih belum berkahwin lagi  (maksudnya belum pernah mengandung ..). So, beliau cadangkan untuk surgery..sakit memang datang every month, tapi ignore je..sebab kalau fikir sakit, bertambah2 sakit nanti..saya ade amik pure EPO, langsung tak serasi..! sebab bila makan EPO sakitnya lagi, lagi, lagi teruk dari sebelum makan..jadinya saya minum chamomile tea+madu..ok sikit rasa sakit tu..

Bila dah balik Malaysia refer kat Hospital Permaisuri Bainun (spital Ipoh dulu namanya..hehe..) pun O&G pakar kat situ pun cakap benda yang sama..Katanya kalau saya tak nak go for surgery, beliau suggest saya get married..Beliau kata, kalau kahwin, kita akan pregnant, bila pregnant that cyst takkan dapat supply hormone yang every month dia dapat untuk growing..(masa tu cyst saya dah 3cm in diameter)..that’s why wanita yang dah kahwin and every year wanita tu pregnant, wanita tu takkan dapat sakit camni..
So, sekarang ni dah kahwin, masa preggy Irfan, check the cyst whether it's growing bigger or not, but the O&G the cyst is NO MORE THERE..! sebab saya dah pregnant and cyst tu dah tak dapat supply hormon tu..and sekarang ni dah ade Irfan..AlhamduLILLAH, takde rasa senggugut tu dah..AlhamduLILLAH dah cuba Shaklee 6 bulan ni..dan saya dah tak rasa sakit lagi, malah saya bertambah sihat dan rasa seperti ‘orang baru’..ahaks..!

Untuk mereka yang mengalami cyst ni, boleh ambil ape yang saya makan, iaitu, ESP, Vitamin E, Bcomplex, Vitamin C dan GLA Complex.. GLA ni memang terbaekkk..! Ianya menstabilkan hormon dan menjadikan period saya regular..saya dah tak rasa sakit langsung setiap kali ‘ia’ datang (itu salah satu indicator yg cyst tiada disitu.ni O&G yg cakap yea...) 

Ok itu tadi cerita dari Puan Lia,  jom kita dengar pulak cerita dari Puan Dilla yang juga mempunyai cyst yang dapat dikesan setelah melakukan ujian prenatal.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa...tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya....Dah besar 5cm katanya....
Air muka doktor macam cuak je...Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya....dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana....kalu perlu, kne operate buang...Operate? Alamak....seumur saya tak pernah kena bedah...dan sememangnya taknak operate...sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita....kesian badan kita....masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal...Alhamdulillah, Allah permudahkan...so, doktor set kan tarikh untuk next appointment...Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm...Inilah gambar scan saya...
Doktor dah mula plan nak operate saya...takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan...Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi5.03 cm.
Doktor masih rekemen untuk bedah....saya minta tunggu lagi hingga next appointment pada 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut. Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?
1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex: GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.  
2) Memakai Pad Herba Avail. 
3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:" Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...." 
Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur....Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik....Syukur alhamdulillah....


Itu 2 testimoni yang dikongsikan oleh rakan2 shaklee saya ni, sebenarnya ramai yang telah berjaya merawat cyst mereka tanpa menjalanai pembedahan, tetapi seperti yang saya katakan tadi anda masih perlu berjumpa doktor untuk mengetahui tahap serius dan jenis cyst yang anda alami. Pengambilan supplement ini hanya satu ikhtiar. Cuma saya kongsikan disini sebab ramai yang dah berjaya atasi masalah cyst ni tanpa perlu jalani pembedahan. Semoga perkongsian ini memberi sedikit harapan dan panduan untuk anda.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.


*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment