Tuesday, March 12, 2013

Nafas Berbau


Masalah mulut berbau (halitosis) bukanlah sesuatu yg boleh dipandang remeh kerana nafas berbau menyebabkan orang lain kurang minat untuk berkomunkasi dengan kita.  Ujian ringkas boleh dilakukan untuk mengenalpasti sama ada kita mengalami masalah nafas berbau atau tidak. 


Caranya: Letakkan jari telunjuk didalam mulut dan biarkan beberapa saat, kemudian keluarkan jari dan cium jari anda.

Ada 6 penyebab nafas berbau

1-Bakteria

Mulut merupakan tempat mebiakkan bakteria. Biasanya bakteria membiak dgn cepat dicelah2 gigih dan permukaan lidah. Aktiviti pembiakan bakteria ini membebaskan toksin yg menyebabkan bau busuk.

2-Tonsil

Tonsil yang membengkak menyebabkan sisa2 makanan terperangkap dan membebaskan bau busuk.

3-Makan makanan yang beraroma seperti petai, durian dan bawang putih dan bagi perokok, bau rokok itu sendiri.

4-Gangguan/infeksi

Masalah pencernaan juga boleh menyebabkan bau mulut kerana bau itu dibebaskan dari usus dan jika usus mengalami jangkitan ia akan menyebabkan nafas berbau.

5- Mulut kering

Mulut kering atau kurang minum air juga merupakan punca kepada nafas berbau.

Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?


1. Membersihkan gigi setiap hari

Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda. Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda..selebihnya masih kotor.


2. Membersihkan lidah setiap hari
Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.

3. Minumlah air
Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob.

4. Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. JIka hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.

5. Mengunyah gula getah tanpa gula
JIka anda tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.

6. Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem) Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah

- gusi yang bengkak dan merah
- gusi yang senang berdarah apabila disentuh
- gusi yang sakit
- nanah keluar dari gusi yang bengkak
- gigi bergoyang
- gigi sensitif
- sakit pada gigi ketika mengunyah
- terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi) Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.



7. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali

Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.

8-Anda juga boleh mengamalkan beberapa supplement yg membantu mngatasi nafasberbau seperti.

Herblax - membersihkan usus yg menjadi punca nafas berbau

Vitamin C - menyembuhkan jangkitan pada gusi, detoksifikasi yang bagus

Garlic Complex - Antibiotik yg membantu memusnahkan bakteria yg menyumbangkan kepada bau mulut

Alfalfa Complex - Menyegarkan nafas

Pappermint Ginger - Membantu mencegah masalah gastrik, sendawa dan penghadaman.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment