Monday, March 11, 2013

Tip Pemakanan Untuk Bina Imuniti anak2

Memang susah nak pastikan anak2 sentiasa sihat apabila mereka dihantar ke nursery berbanding jika mereka dirumah. Maklumlah bila bercampur dgn kanak2 lain anak kita mmg terdedah kepada risiko dijangkiti apabila ada kwn2 mereka yg kurang sihat seperti selsema, batuk dan demam. Oleh itu penting untuk ibu bapa memastikan anak2 mempunyai sistem pertahan badan yg kuat. Bagaimana???

Pastikan anak2 anda mendapat makanan yg berkhasiat untuk:

- memberi tenaga bagi mereka bergerak aktif

- memberi tenaga kepada sel dan organ mereka untuk berfungsi dengan betul
- pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh mereka
- menguatkan imuniti tubuh mereka melawan penyakit

Berikut beberapa tips pemakanan yg boleh membantu meningkatkan imuniti anak2 anda: (credit)


1) Makan makanan yang disarankan oleh piramid makanan. Sekiranya anak suka makan bubur, campurkan sayur, daging, ayam, ikan dan sebagainya dalam buburnya, agar anak2 mendapat semua khasiat makanan.


2) Pengambilan vitamin membantu menguatkan imuniti anak2, terutama multivitamin dan vitamin C. Anak2 yang kurang selera makan terutamanya, berikan multivitamin lengkap dengan soya (Mealshake) kerana 2 sebab: 
(1) Kurang selera makannya mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin/mineral tertentu, dan 
(2) Bila dia taknak makan, dia kurang zat dari makanan, jadi Mealshake ni boleh membantu 'support' keperluan badannya.



3) Madu lebah boleh diberikan kepada anak yang melebihi usia 2 tahun (putus susu). Madu lebah mengandungi agen yang membantu menghalang pembiakan bakteria jahat, serta tinggi kalori yang perlu untuk tenaga sel.



4) Probiotik adalah bakteria baik yang sangat bagus untuk pertahanan badan. Sistem pertahahan badan kita terdiri daripada 2: (1) sel darah putih, dan (2) bakteria baik dalam usus. Jadi bekalkan probiotik untuk anak-anak adalah sangat bagus bagi menguatkan sistem pertahanan badannya



Sel-sel badan kita bertukar baru dalam masa 3 bulan, jadi kita perlu bekalkan makanan yang cukup khasiatnya agar sel yang jangka hayatnya dah tamat, dapat digantikan dengan sel yang sihat.



Begitu juga semasa anak kita 'diserang' virus baru yang menyebabkan dia demam (viral fever), sel badannya musnah dengan cepat, dan ia memerlukan penggantian segera bagi membina sel-sel baru yang sihat.



Anak kita juga memerlukan antioksidan bagi menghapuskan radikal bebas dalam tubuh mereka.



Oleh itu amat penting untuk memastikan anak kita bukan saja makan, malah mengambil makanan seimbang dan jauhi makanan rapu. Galakkan anak minum air kerana tindakbalas sel memerlukan air yang cukup.

Saya beri anak2 saya Mealshake, Omega guard, vitalea chewable dan chewable vita C. Alhamdulillah setakat ini, anak2 saya jarang demam, selsema dan batuk walaupun tinggal di nursery! Kalau dijangkiti pun sekejap je dah recover!


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment