Saturday, November 3, 2012

Antibiotik - Apa yang anda perlu tahu?

Apa itu antibiotik?

Antibiotik adalah bahan yang dihasilkan daripada bakteria, kulat dan lain-lain dalam famili yang sama. Antibiotik bertindak membunuh atau merencatkan pertumbuhan mikro-organisma lain. Antibiotik hanya membunuh atau merencat pertumbuhan bakteria. Ia tidak membunuh virus dan kulat.

Antibiotik biasanya diberikan oleh doktor untuk melawan jangkitan. Akan tetapi pengambilan antibiotik tanpa kawalan akan menyebabkan berlakunya apa yang dipanggil bakteria rintangan atau superbug. Superbug terhasil apabila bakteria menjadi kebal dan jangkitan menjadi semakin teruk. 


vitamin tingkatkan sistem imun


Tahukah anda penyakit seperti batuk dan selsema biasanya tidak memerlukan antibiotik dan biasanya akan pulih  dengan pengambilan air yang secukupnya. Sekiranya antibiotik disalah guna kerintangan antibiotik mungkin berlaku dan menyebabkan hilang kesan. Bakteria yang mengalami kerintangan antibiotik akan menyebabkan jangkitan yang lebih serius pada masa akan datang.

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kerintangan antibiotik?
  1. Ambil antibiotik mengikut arahan
  2. Elakkan dari meminta antibiotik daripada doktor.
  3. Jangan gunakan semula antibiotik yang tidak habis dimakan untuk penyakit lain.
Kesan akibat antibiotik yang tidak diperlukan.
  1. Meningkatkan kos rawatan
  2. Meningkatkan risiko rintangan bakteria dalam badan
  3. Meningkatkan risiko rintangan bakteria dalam komuniti
  4. Meningkatkan risiko kesan antibiotik yang tidak sepatutnya diperlukan
Sumber: Mingguan Malaysia 28/10/2012


Secara peribadi saya berpendapat bahawa lebih baik meningkatkan antibodi agar badan mampu melawan penyakit yang biasa kita alami seperti selsema, batuk dan demam secara semulajadi. 

Ketahui 7 supplemen yang membantu anda mendapatkan sistem keimunan yang sihat dari sumber semulajadi.

1) Nutriferon - memperkuat sistem keimunan anda dengan selamat dan secara semulajadi.

2) ESP - Protein berasas tumbuhan yang berkualiti tinggi yang mengandungi 9 asid amino penting yg diperlukan oleh badan untuk membina semua sel dan tisu termasuk sel imun dan antibodi.

3) Garlic Complex - Meningkatkan tindakbalas keimunan terhadap virus dengan menambah sel2 pembunuh (pertahanan pertama yang penting untuk melawan jangkitan dan sel2 tumor)

4)  Vita C Plus - Antioksidan yang kuat, memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan pertahanan antioksidan semulajadi badan terhadap kemusnahan sel, dengan itu memberi sokongan kepada fungsi keimunan. Vitamin C juga menolong sistem imun merangsang antibodi dan sel2 darah putih yang diperlukan untuk melawan jangkitan.

5) Vitamin E 400 I.U - Antioksidan larut lemak yang sangat penting. Memastikan kestabilan dan keteguhan tisu dan membran sel diseluruh badan dengan mengelakkan pemusnahan oleh radikal bebas. Vitamin E melindungi badan daripada kesan karsinogen, membantutkan pertumbuhan tumor dan mengurangkan ketoksikan beberapa terapi anti kanser. Para penyelidik juga mendapati bahawa tahap alfa-tokoferol yang tinggi boleh mengurangkan risiko kanser perut.

6) Carotomax - Mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel2 kanser.

7) Zink - Menggalakkan pertumbuhan dan memelihara fungsi keimunan normal dan telah dibuktikan secara klinikal bahawa zink dapat menolong mengekalkan fungsi keimunan yang optimum.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment