Bawang putih bukan sekadar penyedap
masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya
telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan
tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan
Mesir.Orang-orang Mesir purba percaya memakan bawang putih setiap hari
untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan.
Pekerja yang membina piramid juga
dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek pula
menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.
Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggilallinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin
iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang
bersamaan dengan 1 % penisilin. Oleh itu bawang putih sesuai digunakan
untuk merawat luka-luka. Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap
akan memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung
aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah
kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih
berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan
bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang
pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang
putih juga agen anti kulat. Ia berkesan untuk merawat jangkitan kulat
yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka
(Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan 20 %
kulat lain.
Satu kajian di China menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya. Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang
bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan.
Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang
putih juga kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian
surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan
selenium.
Kegunaan bawang putih yang lain:
- Membuang angin
- Menambah dan mengawal selera makan
- Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
- Merawat batuk dan batuk kering
- Merawat selesema
- Merawat sakit telinga
- Menghalau serangga
- Merawat bisul dengan menuamnya
Mungkin selama ini kita tahu bahawa bawang putih hanya berguna untuk
masakan di dapur. Ataupun sebagai senjata untuk membunuh dracula atau
vampire di dalam filem-filem hollywood yang belum jelas fakta
kebenarannya tersebut. Sebenarnya, ternyata banyak khasiat dan kandungan
dari bawang putih yang sangat berguna bagi tubuh kita. Jom manfaatkan
khasiat bawang putih!
Petua jika anda selsema
Ambil 2 ulas bawang putih mentah, hancurkan kedua-2nya sekali dengan
lesung batu anda boleh gunakan pengisar
dengan mencampurkan sedikit air bertapis), kemudian saya tambahkan air
bertapis. Kacau hingga ia melarut, kemudian gunakan penapis dan tuang ia
ke dalam gelas atau cawan. Air yang sudah dituang itu diminum segera.
Memang rasa tekak sedikit pedas dan tidak menyenangkan, tapi sebenarnya
air itu mengandungi unsur-unsur anti-bakteria dan anti-jangkitan yang
membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh. Anda mula rasa selesa
selepas setengah jam minum air bawang putih mentah ini. Cecair tidak
lagi turun meleleh melalui hidung.
Bagi yang tidak sanggup minum
air bawang putih mentah, anda boleh cuba potong halus-halus kemudian
letakkan di dalam roti untuk dibakar. Boleh campur sedikit gula dan butter untuk menyedapkan rasa. Kalau tak boleh jugak anda boleh dapatkan khasiat bawang putih ini daripada garlic complex shklee. Fungsinya sama atau lebih baik dari makan ubat selsema dan parasetamol.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya dianiszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
salam ceri,
aniszzddin
No comments:
Post a Comment