Salam jumaat semua! hari ni saya nak kongsikan sesuatu yang baru bagi saya dan mungkin juga bagi ramai kaum2 hawa diluar sana. Saya terjumpa doa ini ketika berblog walking disini. Menurut penulis blog tu dia perolehi ilmu ini dari penceramah terkenal Dato' Dr. Hj. Fadzillah Kamsah dan menurut beliau lagi berdasarkan catatan Dr. Fadzillah kamsah jika diamalkan bermula hari pertama "Cuti" akan memperolehi kebaikan2 berikut:-
- sepanjang tempoh haid mendapat pahala seperti beribadat.
- mendapat pahala ibarat 40 orang syahid.
- mudah meniti titian Siratalmustaqim (di alam akhirat)
- dimudahkan perjalanan darah haid.
dan doanya adalah seperti berikut:-
"Segala puji bagi Allah atas segala hal dan Ya Allah aku bermohon keampunan kepadamu dari segala dosa²ku"[Riwayat daripada Aisyah R.A dipetik dari Kitab Durratun Nasihin Fil Wa'zi Wal Israr]
Semoga entry ini dapat memberi manfaat kepada kita dan perkongsian amat2 digalakkan. Wallahualam!
Salam Ceria,
Aniszzddin
No comments:
Post a Comment