Friday, July 6, 2012

Protein @ Kenapa protein penting???

PROTEIN. Apa yang anda tahu tentang protein???? Ceh sibuk tanya orang..... ko tu tahu ke??? Ha ni la nak cerita tentang protein ni bior kita sama2 blaja kan?? Bukankah ilmu harus dikongsikan? So saya kongsikan info tentang protein yang saya baca dari blog sususejat.com thanks ye En. susu! Berikut senarai kepentingan protein kepada badan kita.

1 – Pertumbuhan
16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain.
Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi?
2 – Metabolisma (otot)
Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah menjadi “sebahagian besar”.
Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda.
3 – Metabolisma (pencernaan)
Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.
Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins diet. Karbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).

4 – Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin
Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.

Saya rasa semua orang tahu apa yang harus dimakan untuk dapatkan sumber protein kan??? Ye mmg benar protein boleh didapati dari ayam, daging, telur.... bla...bla..bla...... Persoalannya adakah anda yakin anda dah dapatkan protein yang cukup untuk badan anda dan ianya dari sumber terbaik????




Sumber protein saya selain dari diet harian ialah Energizing Soy Protein (ESP). Saya memang jatuh cinta abis dengan ESP ni sbb 

  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.
ESP ni sangat glamour kerana pengambilannya secara konsisten selama 2 bulan akan mencantikkan dan melembapkan kulit. Memang sesuai dengan saya yang sedang berusaha ke arah natural beauty gitew.... nanti saya akan sharekan pula testimoni dari pengamal ESP ni ye! So stay tune!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment