Thursday, July 5, 2012

Attention Smokers @ pentingnya vitamin C!

 



Nikotin dan bahan-bahan toksik yang terdapat dalam asap rokok mempunyai kesan yang besar terhadap proses detoksifikasi badan.


Merokok menyebabkan kerosakan sel, yang membawa kepada penyakit seperti kanser, paras kolesterol tinggi, masalah jantung dan peredaran darah, gangguan pernafasan dan meningkatkan risiko osteoporosisMerokok menyebabkan badan banyak kehilangan vitamin dan mineral, juga mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap nutrisi.

Vitamin C adalah salah satu antioksidan utama tubuh. Antioksidan dikaitkan dengan mencegah beberapa jenis penyakit. Vitamin C juga membantu anda untuk menyerap zat besi. Tahap vitamin C yang rendah dikaitkan dengan kekurangan besi.

Lebih banyak anda merokok, vitamin C akan hilang dari tisu dan darah anda. Tetapi badan anda memerlukan lebih vitamin C untuk menentang kerosakan sel-sel anda yang disebabkan oleh rokok.

Oleh itu, perokok perlu meningkatkan pengambilan vitamin C sehingga 2000mg sehari. Ini tidak boleh dicapai oleh diet sahaja, jadi vitamin/supplement diperlukan.

Tahukah anda Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk


Satu-satunya penyelesaian yang sebenar adalah untuk berhenti merokok. Suami saya seorang perokok dan saya berikan dia vitamin c kerana sedar akan kepentingannya kepada perokok. Namun saya sentiasa berdoa agar satu hari nanti dia akan berhenti merokok. Kepada perokok2 tegar jalan yang terbaik ialah berhenti merokok dan jika anda tak mampu lakukannya lindungi diri anda seboleh mungkin, ambil vitamin C dan kepada isteri2 boleh hadiahkan kepada suami terchenta bukankah tugas seorang isteri menjaga kebajikan suaminya???? 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX