Friday, June 15, 2012

Product baru Shaklee - Collagen Powder!

Ketika ini sedang menjadi perbualan hangat pengamal tegar suppliment Shaklee terutamanya golongan wanita dan lebih2 lagi "EUPHORIANS" tentang produk yang selama ini dinantikan dan dijangka akan laris seperti "pisang goreng". Apa yang saya maksudkan ialah COLLAGEN POWDER dari Shaklee yang baru aje berada dipasaran. Produk ini menarik perhatian golongan wanita kerana kebaikannya untuk kulit muka yang sememangnya menjadi keutamaan insan bergelar wanita. ( sape taknak nampak cun mcm superstar kannnn????). Saya kongsikan disini tentang Collagen Powder ni.
 
 Fungsi-fungsi Kolagen

Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.


Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.


Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.


Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.


Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.


Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.


Ok sekarang kita tgk pulak senarai bahan2 yang digunakan untuk menghasilkan collagen powder ni serta fungsi setiap bahan.

Ok tadi kita dah tgk bahan2 yang digunakan, sekarang kita tengok pulak kenapa ramai wanita gilakan collagen powder, senang cerita kesan pengambilannya lah kan.
 *credit image for Pn. Nurul shuhada from MyInspiration

Keberkesanan collagen powder ni dibuktikan hasil kajian klinikal dan ujian2 makmal apalagi dihasilkan oleh Syarikat yang berpengalaman selama lebih 50 tahun. Jadi saya mmg confident! Ok ladies selamat membaca! Kepada para lelaki budiman boleh hadiahkan kepada orang terchenta!


Salam Ceria,
Aniszzddin



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX