Friday, June 15, 2012

Polar pemakanan saya sebagai bf mum!

Bercerita tentang pemakanan ibu2 menyusu, ini rentetan komen akak2 yang tgk saya makan dan komen" ko takpe mkn byk sbb menyusukan anak" hehe itu bukan alasan untuk "melantak" apa jua yg ada depan mata ok! Saya ingin membuat pengakuan disini yang memang dulu 6 bulan yang lalu saya makan apa sahaja ( makanan jer ye) yang saya rasa selera sbb saya fikir makan untuk dua orang. Tapi setelah menambah ilmu dengan pembacaan tentang pemakanan ibu menyusu saya mula concern apa yang saya makan. Ye mmg betul susu ibu yang dihasilkan bukanlah bergantung bulat2 kepada pemakanan si ibu ( ini disahkan oleh konselor laktasi) akan tetapi mahukah anda nampak kusam, tua sebelum usia, sakit pinggang dan sentiasa keletihan???? Atas alasan itu saya menjaga pemakanan saya ketika menyusukan anak saya dan sekaligus mengamalkan suppliment dalam diet harian saya untuk menampung mana2 kekosongan nutrien yang diperlukan oleh badan saya dan misi utama saya membekalkan nutrien terbaik kepada diri sendiri untuk disalurkan kepada anak saya melalui susu ibu. Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Saya gunakan pyramid makanan sebagai guideline pengambilan makan saya supaya saya tahu apa yang saya makan.



Dengan adanya piramid makanan ni, saya boleh jadikan panduan pengambilan diet harian saya agar apa yang saya makan sesuai dengan apa yang badan saya perlukan maksudnya tak kurang tak lebih just nice. Ok caranya saya gunakan calorie calculator for bf mum untuk mengetahui berapa jumlah kalori yang saya perlukan sehari. Saya gunakan breastfeeding calorie calculator untuk ketahui berapa kalori yang saya perlukan dan ini keputusannya.


So bila dah tahu saya plan apa yang saya nak ambil sbg contoh untuk hidangan utama saya (lunch/ makan tengahari saya)

1 Bahagian NASI (sumber karbohidrat) – lebih kurang 200 -800 kalori (1mengikut jenis beras, dan kuantiti hidangan)
1 Bahagian AYAM, IKAN, TELUR (sumber protein) – lebih kurang 200 – 400 kalori
1 Bahagian SAYUR (sumber vitamin, mineral, iron dan lain2) – dari 20 kalori hingga 300 kalori mengikut jenis sayur
1 Bahagian BUAH (sama seperti di atas) – * jus daripada buah segar adalah lebih memberikan lebih tenaga daripada GULA yang anda ambil daripada minuman kordial yang telah diprose.

 So lebih kurang camtu lah jadinya setelah diletak dlm pinggan ( saje ngade2 nak letak gambo walhal semua orang boleh bayangkan hehe). Anda bolehlah cuba guna breast feeding calorie calculator tu utk tgk berapa kalori yang diperlukan kerana seperti kata Maya Karin kita lain, kena ikut keperluan. Ha so apa yang anda perlukan tak sama dengan saya. Jom kawal pemakanan demi kesihatan kita dan yang tersayang.

Salam Ceria,
Anis zzddin





No comments:

Post a Comment