HADIS Nabi Muhamad S.A.W ada menyebut garam adalah penghulu segala
masakan atau makanan manusia. Makanan yang paling mudah seperti ubi
rebus atau jagung rebus pun akan dibubuh garam dan tidak bahan lain.
Bahkan makanan/masakan yang paling mahal sekalipun masih perlu
menggunakan garam untuk menambah rasanya.
Antara kegunaan garam dalam masakan;
- Pengawet ikan supaya tidak busuk.
- Menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak.
- Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak.
- Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.
Awas! Sekarang Garam boleh berubah menjadu racun!!!!
Garam yang dulunya dianggap
emas putih kini menjadi racun putih sama macam gula putih. Kita semua
sedang diracuni!
Garam sepatutnya mengandungi mineral
yang penting untuk kesihatan badan kita. Tapi kebanyakan garam masakan yang
kita makan telah melalui proses penapisan yang menghapuskan semua mineral
penting tersebut.
Garam putih atau garam masakan kita
hanya mengandungi Sodium dan Klorida yang sangat tinggi dan BERACUN
jika diambil berlebihan.
Garam yang berlebihan akan memberi
beban yang tinggi kepada buah pinggang yang boleh mengakibatkan buah
pinggang gagal berfungsi. Penyakit buah pinggang akan menyebabkan pelbagai
penyakit merbahaya lain seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Garam yang berlebihan juga
menyebabkan lebihan cecair dalam tisu *keasidan edema* yang merupakan
punca terjadinya selulit. Jika kandungan garam terlalu tinggi, badan
menggunakan semula protein lemak haiwan yang tidak dicernakan (biasanya
terdapat dalam susu) yang juga tidak berguna dan tidak dapat dilupus atau
dimusnahkan.
Protein inilah yang digunakan oleh
badan untuk untuk membentuk asid urik untuk menghindarkan lebihan garam. Oleh
kerana badan tidak dapat membuang asid urik , ia telah mengikat dirinya dengan
sodium klorida *garam* untuk membentuk kristal baru dan menempatkan
dirinya terus ke dalam sendi tulang .
Inilah yang menimbulkan pelbagai
jenis penyakit Artritis , gout (sengal tulang) , karang buah pinggang dan pundi
hempedu (gall bladder) .
Pengkristalan ini merupakan jalan
terakhir sel badan dan organ bagi melindungi badan dari mengalami kerosakan
mahupun keracunan akibat pengambilan makanan yang tidak betul. Tetapi dalam
jangka masa panjang ia akan meracuni sistem badan kerana bahan berkenaan tidak
dapat dikumuhkan atau dikeluarkan dari badan.
Jangan
Berhenti Makan Garam!
Garam boleh menjadi racun tetapi
kita perlu terus makan garam untuk hidup. Kita ada pilihan lain selain dari
garam masakan yang berwarna putih itu.
Garam buluh adalah sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai mineral
yang diperlukan badan. Tetapi harganya sangat mahal. Satu botol kecil berharga
RM40!
Jangan risau sebab ada satu lagi
jenis garam yang lebih murah tetapi sangat berkhasiat dan asli serta
mengandungi mineral-mineral penting yang badan perlukan.
GARAM
HIMALAYA
Garam Himalaya adalah garam yang
lebih baik dari garam putih biasa sebab selain daripada Sodium Klorida, ia juga
mengandungi mineral Potasium, Magnesium, Zat Besi, Copper, Iodin dan Manganese.
Anda boleh dapatkan Garam Himalaya
ni kat mana-mana pasaraya!
Warna Garam Himalaya ni oren
kemerah-merahan dan biasanya kat label ada tulis bahawa itu adalah Garam
Himalaya. Harga pun berpatutan dalam RM2.89 – RM7 bergantung kepada packaging.
Saya menggunakan garam biasa yang macam kat atas tu tapi mulai sekarang saya akan cari garam yang berkualiti macam garam himalaya ni. Ye lah orang kata cegah sebelum parah! Anda bagaimana? Buat pilihan
untuk hidup sihat dan sejahtera selalu!
Salam ceria,
Aniszzddin
No comments:
Post a Comment