Tuesday, May 22, 2012

Tip kecantikan: Elak terlebih mekap ke pejabat.

Khusus untuk wanita bekerjaya di luar sana. Saya juga seorang wanita yang bekerja. Tapi saya memang seorang yang "simple" tak suka make-up kalau ada pun cuma lip gloss untuk lembabkan bibir dan bedak jer skit2. Seingat saya saya make-up beriya-iya waktu bergelar raja sehari..... tu pun 5 tahun lepas. Bukan bermaksud tak boleh ber "make-up" cuma ada guideline nya.

Saya kongsikan artikel dari mingguan wanita. Sedar atau tidak, ramai wanita yang kadangkala terlebih make up ketika hendak ke pejabat. Ada yang berani menggunakan warna gincu dan pembayang mata berwarna terang malah ada yang berwarna-warni. Tak kurang juga dengan pemerah pipi yang agak menyala.

Jadi sebelum anda menjadi bahan bualan rakan sekerja hari itu, jom kita tengok beberapa tips yang mungkin boleh diaplikasikan ketika bersiap untuk ke pejabat esok.

(1) Bibir
→ Gunakan gincu yang berwarna lembut seperti merah jambu, pic dan warna-warna natural lain. Jika ingin tampak lebih segar pada pagi hari memadai dengan menggunakan gincu warna merah jambu jenis glossy. Cuba hindari gincu berwarna merah terang!
(2) Pipi
→ Cukup hanya menggunakan pemerah pipi berwarna gangsa atau merah bata. Sapukan tipis saja agar wajah nampak lebih segar dan berseri.

(3) Mata
→ Hindari warna-warna kuning atau warna terang, sesuaikan pembayang mata dengan warna pakaian yang anda kenakan. Sebaiknya hindari solekan jenis smokey eyes atau gothic melainkan anda ada acara menjelang petang atau malam hari.

(4) Kulit Wajah
Elakkan diri dari memakai bedak asas yang tebal hingga menampakkan anda seperti sedang memakai topeng muka. Anda mahu ke pejabat dan bukan untuk ke sesi fotografi yer. 
______________________________________________________________
Untuk anda yang tidak gemar bersolek seperti saya anda boleh serlahkan seri wajah anda. Rahsianya ialah, amalkan supplement khusus untuk penjagaan dan kecantikkan kulit wajah Shaklee. Saya sendiri mengamalkan supplement untuk kulit cantik (set skincare booster) dan menggunakan produk penjagaan kulit (NutriWhite & Enfuselle) dari Shaklee. Untuk kecantikan dari dalaman!!! Anda akan kelihatan Natural Beauty Gitu!
Hubungi saya jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang set kecantikan wajah (supplement) & set penjagaan wajah (cleanser, toner & moisturizer) hanya dari Shaklee.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
 

No comments:

Post a Comment