Monday, May 21, 2012

Doa dan amalan untuk tambah susu!

Salam semua. Memandangkan Set 3M menjadi "hot stuff" di ANISVITASHOP minggu ni so saya ingin kongsikan doa @ amalan2 untuk ibu yang tabah menyusukan anak2nya. Doa saya sentiasa mengiringi kalian. Tak dinafikan mmg berbagai feedback yg saya perolehi dari customer2 saya yg mencuba set breastfeeding ni, ada yg sehari jer dah membuahkan hasil dan tak ketinggalan juga yg mendapat hasil yg kurang memuaskan. Harapan saya agar ibu2 bersabar dan jangan putus asa dan sambil tu berdoa minta pada yang Maha Kuasa agar dimurahkan rezeki anak2 dan dipermudahkan perjalanan penyusuan tu. Jadi saya kongsikan disini beberapa amalan/doa yang boleh diamalkan oleh ibu2 untuk menambah susu. Yelah orangkan selalu kata, doa diiringi dengan usaha. Kita dah usaha dengan cara amik suppliment, pump, minum byk air jadi kita doa minta dengan Allah agar semua usaha kita tadi berhasil. Memang itu yang sepatutnya. Okey taknak membebel panjang2 lagi. Jom kita sama2 praktikkan amalan ni ( saya sampai sekarang masih amalkan sbb saya masih susukan A'isy walaupun dah masuk 19 bulan). (credit)

YA ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN


Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Semoga perkongsian saya hari ini memberi manfaat kepada anda. Sehingga jumpa lagi!

Salam ceria,

aniszzddin

1 comment: