Wednesday, February 29, 2012

TIPS PENYUSUAN DI TEMPAT AWAM

Sebagai seorang ibu yang obses tentang penyusuan susu ibu, saya memang menyokong dan menggalakkan ibu2 untuk menyusukan bayi mereka walau dimana anda berada.Ini kerana bagi saya penyusuan ditempat awam tidak ada salahnya. Bahkan sudah banyak shopping mall yang menyediakan bilik untuk ibu menyusukan bayi mereka antaranya ialah Jaya Jusco dan Alamanda. Saya senaraikan dua ni aje sbb selalu pegi sini maklumlah dekat ngan umah hehehe. Tapi kalau anda tak jumpa bilik untuk menyusukan abayi atau kebetulan anda bawa anak anda ke taman permainan anda juga boleh menyusukan anak anda. Saya selalu bawa anak2 saya ke taman permainan dan saya susukan a'isy bila dia minta dengan menggunakan penutup (nursing cover). Kalau saya boleh, kenapa tidak anda? Apa yang anda perlu hanyalah keyakinan untuk menyusukan bayi anda, pakai pakaian yang bersesuaian dan mintalah sokongan dari pasangan. Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi semangat kepada bakal2 ibu dan ibu2 untuk terus menyusukan bayi mereka.

Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” – Surah al-Baqarah.

No comments:

Post a Comment