Kebelakangan ini kita sentiasa disajikan dengan berita2 kes bayi tersedak susu yang membawa kepada maut. Setiap kali saya tengok kes2 tersedak susu kat TV saya akan sebak. Mana taknya, sebagai seorang ibu saya cukup memahami perasaan ibu2 yang terpaksa melalui pengalaman pahit sebegini. Kalau anak kita sakit atau cedera aje kita dah sedih dan susah hati, inikan pula jika dia pergi buat selamanya. Ya Allah mintak lah perkara sebegini dijauhkan dari kita. Walaupun ia dianggap sebagai takdir namun perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Jadi hari ini sya kongsikan tip elakkan bayi tersedak susu sabagai tanggugjawab sosial kepada masyarakat.
Sebelum itu ketahui punca bayi tersedak susu.
1) Membiarkan bayi tertidur semasa sedang menghisap susu
2)Lubang puting yang terlalu besar, aliran terlalu deras dan bayi tidak dapat menelan denagn betul.
3)Tabiat ibu bapa/ penjaga yang gemar meletakkan bantal @ kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.
Cara yang betul member susu kepada bayi.
1)Pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya semasa menyusu.
2)Pastikan lubang puting bersesuaian dengan umur bayi
3) Sekiranya bayi menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya dalam mulut bayi.
4)Selepas menyusu sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelakkan bayi muntah ketika tidur.
Cara rawatan jika bayi tersedak.
1)Tiarapkan bayi dan tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
2) Sekiranya tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap ke hadapan, tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
3)Selain menekan bahagian perut, bayi juga boleh dibaringkan, kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
Saya kongsikan tip2 ni disini kerana saya rasa bukan ibu bapa sahaja yang patut tahu tentang cara rawatan bayi tersedak ni, anda juga patut kerana anda mungkinakan berada ditempat kejadian dimana bayi tersedak susu so boleh lah berikan bantuan kannn???
Salam ceria,
Aniszzddin
Friday, March 2, 2012
Tip elak bayi tersedak susu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment