Alhamdulillah lagi beberapa hari aje lg A'isy hero saya akan masuk 17 bulan usianya. Dan saya bersyukur kerana saya masih mampu memeberikan susu ibu kepadanya walaupun saya bekerja. Auni dulu pun menyusu sampai 2 tahun setengah. Seperti yang saya janjikan pada entry yg lepas saya akan kongsikan tip2 untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Ini apa yang saya amalkan sejak anak pertama lagi.
Dari segi pemakanan.
1-Banyakkan minum air masak. Saya minum minimum 3 liter air masak sehari.
2-Banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein(soya,ayam,ikan,daging,etc) dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan. Tahukah anda protin dari unsur soya mengambil masa kurang setengah jam untuk diuraikan dan diserap badan. berbanding protin dari unsur seperti ayam daging ikan yang mengambil masa berjam2 utk terurai...(masa auni dulu saya mmg akan minum byk soya atau buat sendiri soya kat umah, tapi sekarang saya amalkan ESP....... jap lg saya cerita pasal ESP ni.)
Dari segi amalan
1-Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri.
2-Pump susu sekerap mungkin - saya pump every 2 hrs.
3-Saya susukan anak saya sebelum pergi kerja, dan saya akan pesan pada pengasuh supaya jgn susukan anak saya 1 jam sebelum saya blk kerja sbb bila blk kerja B mesti dah berat so saya akan direct feed dan sekaligus pump yg sebelah lagi untuk buat stok (taklah membazir).
4-Banyakkan rehat sbb emosi ibu mempengaruhi pengeluaran susu ( sbb tu kena amik suppliment agar badan sentiasa cergas walaupun bekerja)
5-Jangan asingkan anak maksud saya tidur sekali dgn anak supaya dia akan sentiasa menyusu dengan anda (semakin kerap dia menyusu semakin banyak susu dihasilkan).
6-Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Bukan tak boleh merancang tapi gunalah kaedah lain walaupun mmg ada pil yang sesuai utk ibu menyusu seperti Noriday (least side effects sebab dia hanya mengandungi hormon progesteron.)
Inilah antara2 perkara2 yang saya amalkan. InsyaAllah kalau kita usaha dan tawakal serta sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki anak kita. Susu tu akan sentiasa cukup.
Untuk anda saya sertakan doa ini untuk dijadikan amalan
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi dorongan kepada ibu2 diluar sana yang ingin menyusukan anak2 mereka.
Salam ceria,
aniszzddin
Tuesday, February 28, 2012
Tips untuk mama
Susu merudum??? Ini cara saya mengatasinya.
Tips untuk mama
Labels:
Amalan Rohani,
tips penyusuan,
Tips untuk mama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment