Monday, February 13, 2012

Ada apa dengan cinta????

Cinta Akan Membuat Anda Terus Hidup. Cewah, apahal lak tetiba entry camni nih? hehe sebenarnya saje je nak letak entry santai supaya takde lah bila korang baca berkerut dahikan? Kalau tak asyik pasal supplimen/vitamin. Sesekali lari tajuk ni ok gak kan?? Ni salah satu tip kesihatan gak ni cuma kosnya murah. Tapi ingat bagi yang belum sah bergelar suami isteri tu take it easy yer jangan terlebih sudah! Yang dah lama berkahwin tu boleh hangatkan kembali cinta tu, yang baru kahwin tu usaha kekalkan percintaan tu. Haih apa yang membebel mcm mak nenek nih. Jom lah kita baca entry ni. Sumber asal e-kesihatan.blogspot.com

Sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa?




Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:

Mencegah penyakit.
Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser.

Mengurangkan kesakitan.
Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik.

Menurunkan tekanan darah.
Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat.

Menghilangkan kemurungan.
Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri.

Memberi anda rasa keseronokan semulajadi.
Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang.

P/S: Jangan lupa, sebanyak mana cinta kita terhadap pasangan kita jangan sesekali memebihi cinta terhadap Illahi!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX