Saturday, December 10, 2011

Susu Ibu adalah yang terbaik

Kebanyakan para ibu adalah tidak mengetahui mengenai manfaat yang boleh didapati apabila menyusukan bayi mereka. Ketahuilah bahawa ketika menyusukan bayi kita hormon OXYTOXIN atau dikenali sabagai hormon kasih sayang akan dihasilkan, dan ini akan merangsang suatu perhubungan diantara ibu dan anaknya. Anda akan dapat mewujudkan suatu pertalian yang unik apabila anda memberikan bayi anda sesuatu yang tidak mampu diberikan oleh orang lain.
Susu ibu adalah sangat unik bagi memenuhi keperluan setiap bayi yang baru dilahirkan. Kandungan antibodinya yang tinggi mampu menentang jangkitan kuman disamping mempunyai lemak 'essential' yang tinggi. Ini merupakan sebab utama mengapa bayi yang mengambil susu ibu mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding dengan rakan sebayanya yang tidak beroleh susu dari ibu mereka sendiri. Bayi yang mendapat susu ibu juga mampu untuk menghasilkan bakteria yang baik yang akan membantu didalam sistem penghadaman mereka. Susu ibu mengandungi lebih daripada 400 nutrien yang tidak terkandung didalam susu formula. Selain daripada itu bayi yang beroleh susu ibu tidak mudah untuk mendapat penyakit seperti radang paru-paru, selsema, jangkitan telinga dan cirit-birit. Selain dari menjimatkan kos, ibu juga boleh mengurangkan berat badan dengan senang selepas bersalin. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa susu ibu juga dapat mengurangkan risiko terhadap kanser payu dara.
Dengan ini katakan "Ya" terhadap penyusuan susu ibu!

Kepada ibu2 dan bakal2 ibu yang ingin menyusukan bayi mereka secara ekslusif anda boleh mencuba Euphoria Breasfeeding Set pada harga RM 80 sahaja. Set ini megandungi 30 tabs Multivitamin, B Complex, Vitamin C dan 90 tabs Alfalfa. Hubungi saya di 012 6088399 atau aniszzddin@gmail.com.

No comments:

Post a Comment