Ini merupakan persoalan yang selalu bermain difikiran para ibu yang menyusukan bayi mereka secara ekslusif. Berbanding dengan susu formula yang disetiap tin terdapat panduan bagaimana penyediaan, berapakah sukatannya mengikut umur bayi, berapa milimiter air yang diperlukan serta bilangan susuan yang disarankan. Tetapi bagaimana pula dengan susu ibu? Bagaimana agaknya cara sebenar untuk kita mengetahui bahawa bayi kita sudah menerima susu yang cukup?Berikut adalah perkara2 yang perlu dipantau dan diambil kira dalam menentukan cukup atau tidak bekalan susu yang diberikan.
Penyusuan yang efektif
Ibu perlu memeriksa lekapan dan corak penyusuan bayi. Lihat sama ada cara lekapan bayi betul dan pastikan bayi mendapat susu dengan mendengar nada hisap-telan-hisap-telan-hisap Penyusuan susu ibu yang kerap adalah sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.Biarkan bayi menentukan sendiri tempoh penyusuannya. Bayi lazimnya akan melepaskan sendiri payudara ibu sebagai tanda dai sudah puas menyusu. Bagi bayi yang sudah besar anda boleh biarkan mereka memilih gaya yang disukai ketika mereka menyusu.
Najis Bayi
Najis bayi juga memainkan peranan sebagi tanda cukupnya susu ibu. Najis bayi yang menyusudengan susu ibu secara ekslusif selalunya lembut, berwarna kuning keemasan dan berbintil-bintil. Jika anda mendapati najis anak anda berwarna hijau, besar kemungkinan anak anda hanya mendapat susu awal (foremilk). Susukan bayi anda dengan tempoh yang lebih lama agar bayi anda mendapat susu akhir (hindmilk) yang mana ianya mengandungi lebih tinggi kandungan lemak. Bayi akan mempunyai sekurang-kurangya 6 lampin basah kerana mereka akan menbuang najis kecil dan menbuang najis besar antara 3-8 kali dalam tempoh 24 jam.
Berat Badan
Lazimnya berat badan bayi akan menurun dalam minggu pertama selepas kelahiran dan akan meningkat semula secara perlahan-lahan. Berat badan bayi yang mendapat cukup susu ibu akan meningkat mengikut carta pertumbuhannya.
Payu Dara Ibu
Ibu akan mendapati payudara nya kosong dan ringan selepas setiap sesi penyusuan berakhir.
Bayi
Bayi yang mendapat cukup susu ibu akan cergas dan gembira serta otat dan badan bayi pula kelihatan sihat dan pejal.
No comments:
Post a Comment