Rentetan kepada entri semlm "ikan patin". Arini nak share lagi tentang "Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kandungan dan kanak-kanak"
Omega 3 adalah sejenis asid lemak iaitu nutrien yang sangat penting kepada retina mata dan otak sebagaimana pentingnya kalsium kepada tulang dan gigi. Ia agak sukar didapati dari makanan kerana tidak banyak makanan mempunyai asid lemak jenis ini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan Omega 3 dikalangan rakyat malaysia adalah rendah.. (Oohhh no).. maybe sbb ramai kurang kesedaran kepentingan Omega 3 ni.. kan kan.. Takpe2... better late than never.. Memandangkan majoriti customer2 disini adalah ibu hamil dan kaum2 ibu...maka saya kongsi info tentang kepentingan Omega 3 kepada ibu hamil dan kanak2...dan oh ya... pengambilan Omega 3 yang mencukupi juga dapat mengelak dan mengawal penyakit jantung dan juga penyakit-penyakit kronik berhubungkait dengan jantung.
Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan
Wanita mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental utk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat).
Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.
Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.
Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.
Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Kesimpulanya, utk perkembangan kanak2 yg optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak2 mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Cth makanan yg kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dlm diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA
Sumber asal: mamafaiz.com
Apa yg special sangat Shaklee Omega Guard?.. Sila baca sebab dibwh...
*Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
*OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
*Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
*Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
sumber: Shaklee website
Berminat?
Email saya di aniszzddin@gmail.com atau sms/call 0126088399 untuk mendapatlan konsultasi percuma/ jadual makan.
Salam Ceria,
aniszzddin
Friday, December 30, 2011
Omega Guard
Omega guard - Penting untuk ibu hamil dan Kanak2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment