Friday, December 30, 2011

Benarkah minuman tenaga (Energy Drink) itu bagus????

Saban hari kita didedahkan dengan banyak minuman tenaga yang ada di pasaran negara kita. Antara jenama-jenama yang mendapat tempat di hati pengguna ialah Red Bull, Livita, dan Power Root. Jika di Amerika Syarikat, produk-produk minuman tenaga sebegini sebenarnya bersepah, dan seringkali bungkusannya kelihatan ‘a little bit funky‘ yang bertujuan menarik perhatian golongan remaja untuk membelinya. Golongan remaja di sana merupakan pembeli utama minuman sebegini untuk memenuhi gaya hidup mereka sebagai remaja yang aktif.



Persoalan mula timbul, benarkah minuman sebegini benar-benar mengembalikan tenaga? Bagaimana pula dengan kesan jangka masa panjangnya? Ini berikutan beberapa buah negara telah mengambil langkah mengharamkan penjualan minuman tenaga ini secara terbuka, di antaranya ialah Australia, New Zealand, dan beberapa buah negara Eropah yang lain (di France, minuman sebegini hanya dijual di farmasi). Mungkin fakta-fakta berikut boleh dipertimbangkan.

1 – Kebanyakan minuman tenaga mempunyai kandungan gula yang agak tinggi, iaitu kira-kira 5 hingga 8 sudu teh gula untuk satu hidangan (setin), walhal kita dinasihatkan untuk tidak mengambil gula melebihi 7 sudu teh gula sehari!

Gula, yang mana merupakan karbohidrat ringkas yang mudah diserap ke dalam darah, merupakan sumber tenaga segera yang bagus. Walaubagaimanapun, pengambilan gula melebihi kadar yang diperlukan amatlah rugi. Ini kerana, apabila paras gula dalam darah meningkat banyak secara mendadak, paras insulin (bertanggungjawab membawa gula kedalam sel sebelum menukarkannya kepada glikogen) juga akan meningkat. Ini akan merangsang otak untuk menghasilkan serotonin, sejenis neurotransmitter yang membuatkan orang mengantuk semulajadi pada sebelah malam. Sebab itulah apabila anda terlalu kerap mengambil minuman tenaga, anda bukan kelihatan lebih cergas, sebaliknya anda mudah menjadi lesu dan mengantuk.

2 – Semua minuman tenaga mengandungi kafein. Kafein boleh diambil tetapi haruslah diingat bahawa kafein merupakan sejenis stimulan. Ia bertindak dengan menghalang tindakbalas adenosin yang membuatkan kita mengantuk apabila ia melebarkan pembuluh darah. Tanpa adenosin yang telah dihalang oleh kafein, pembuluh darah di otak akan mengecil, menjadi lebih ketat dan sempit. Apabila ini berlaku, denyutan jantung akan bertambah (sebahagian daripada mekanisma pertahanan tubuh badan) untuk meningkatkan tekanan darah sehingga darah ‘mampu’ mengalir ke otak dan otot. Ini bersamaan peningkatan metabolisma, dan anda akan mendapat tenaga ekstra daripada peningkatan metabolisma ini.

3 – Walaubagaimanapun, pengambilan kafein secara berlebihan sebenarnya tidak elok untuk kesihatan jangka masa panjang. Secara purata, mengambil kafein di bawah 300mg adalah masih selamat. Tetapi angka begini tidak mustahil dicapai sekiranya anda mengambil 2-3 hidangan minuman tenaga sehari (kerana sebotol atau setin minuman tenaga mengandungi sekitar 50mg – 250mg kafein)! Apakah kesan buruk kafein? Kafein menghalang penyerapan kalsium kedalam tulang, dan ini meningkatkan risiko untuk anda mengidap osteoporosis (inilah sebabnya kanak-kanak yang sedang membesar tidak digalakkan mengambil minuman berkafein seperti kopi, kerana itu hanya akan membantutkan pembesaran mereka).

4 – Ramai kaki-kaki gym mengambil minuman sebegini ketika bersenam, konon-kononnya untuk meningkatkan tenaga ketika work out. Tetapi mereka tidak sedar yang minuman berkafein bersifat diuretic, yakni badan akan menyingkirkan air daripada badan dengan banyak menerusi air kencing atau peluh. Anda akan kehilangan banyak elektrolit di situ.

Sumber: sususejat.com

Apa kata kini tukar selera ke Performance Drink pula...



Apa itu Performance Drink??

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.
Namun, ia tidak terhad kepada ibu menyusu dan mengandung aje tau .. seisi keluarga sangat digalakkan untuk mengamalkannya.

Jom kita baca apa kata mereka yang telah mengamalkannya! credit (mamafaiz)

_______________________________________________________________

Ni kata suami Pn Lia,beliau seorang pelumba basikal...
"..Abang rasa best betullar berkayuh dengan minum Performance Drink ni..before this kalo berkayuh Abang memang rasa sakit kaki setiap kali balik rumah..Lia perasankan..?tapi sekarang ni dah ok dah..sejak minum PD ni..dulukan Lia bekalkan air suam biasa untuk Abang bila setiap kali Abang nak mengayuh..different sangat minum air suam tu dengan PD ni..bila minum PD, tekak tak rasa kering walaupun berkayuh lama dan jauh..pastu Abang siap bg kawan2 rasa PD ni..derang kata ape tau..air ni rasa lain..lebih kurang macam air garam yg doktor bg tu kalo kita kena cirit birit..TAPI..ni laaaaaggiiiii sedappp..! PD memang best lahh..! Dah tak sakit kaki dan tak penat cam dulu lagii..."

Dan ini pula kata Puan Lia,ibu Irfan..
.. since last week saya menggantikan puasa..jadinya ada masa-masa tu saya tak sempat bersahur al-maklumlah..puasa sorang-sorang kan..jadinya, saya pun sempat bancuh PD satu gelas dan terus minum..wah..! rasa nyaman dan segar..terus terbukak mata..rasa PD ni ala-ala oren tang tu tapi laaaagggiiii sedappp.. betul tak tipunya lahh..pastu saya berpuasa macam biasa..yang saya perasan, kalau saya berpuasa,bile dah mask tengahari, mesti melepek..tak larat..mulalar rasa haus tu datang..tapi kalini AlhamduLILLAH..masih bertenaga dan tak rasa haus langsung..boleh buat keja cam biasa seperti saya tak berpuasa lak..hehe..memang PD terbaiklahh..!

Untuk dapatkan harga istimewa utk produk2 di atas jika ada kekangan budget, sila sms atau email kepada saya di aniszzddin@gmail.com or 012-6088399.

No comments:

Post a Comment