Ikan patin merupakan salah satu ikan air tawar yang kaya dengan lemak ikan yang bagus untuk kesihatan kita. Ahli-ahli arkeologi sebelum ini mendapati mereka yang tinggal di pinggir-pinggir sungai dan laut beberapa ratus tahun dahulu di sebuah kawasan di Eropah hidup jauh lebih lama berbanding mereka yang tinggal di kawasan pedalaman (hutan). Malah, kita boleh lihat sendiri kebanyakkan rakyat Jepun dan Korea yang mengamalkan gaya hidup tradisional (banyak makan sumber berasaskan laut) mampu hidup melebihi usia 100 tahun. Semua ini dikaitkan dengan rahsia sebenar lemak yang terkandung dalam ikan, yang mana ia membantu mempertingkatkan lagi kesihatan kardiovaskular disamping meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL) dalam darah.
Asid lemak omega 3 telah terbukti secara klinikal penting untuk kemandirian tubuh (fungsi utama membrane sel), di samping mencegah kita daripada penyakit-penyakit kronik seperti stroke, sakit jantung dan diabetes. Walaubagaimanapun, sejak zaman nabi Adam lagi tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan omega 3 dengan sendiri (badan kita hanya boleh menghasilkan asid lemak tepu yang dijadikan sebagai ‘sumber makanan jangka masa panjang’ dan sebagai penebat haba di bawah kulit). Maka dengan itu, hanya terdapat satu cara sahaja kita boleh mendapatkan omega 3, iaitu melalui diet. Pengambilan makanan-makanan semulajadi yang kaya dengan EFAs (seperti ikan, sumber kekacang) di samping supplemen lemak ikan (jika anda fikir diet anda kurang EFAs) amat membantu dalam mendapatkan sumber EFAs yang diperlukan.

Inilah rupa ikan patin. Tapi mcm apa yang encik SS ckp kat blog dia kandungan asid lemak ini hanya wujud dalam kuantiti yang tinggi dalam ikan yang hidup di habitat laut dalam atau sungai dalam. Rata2 ikan patin kat sungai pahang tu dibela dlm sangkar so, kandungan Omega-3 dlm ikan patin tu rendah. Maka anda masih memerlukan suppliment tambahan agar badan anda mendapat DHA dan EPA yang cukup. Shaklee Omega guard adalah suppliment pilihan saya sekeluarga. Boleh rujuk sini untuk lebih info tentang Shaklee Omega Guard.
No comments:
Post a Comment