Wednesday, April 5, 2017

Betul ke ambil milkbooster susu meriah????

Masalah kurang susu badan ni memang "night mare" untuk para ibu. Especially ibu anak sulong kan?? saya dulu masa anak yang sulong memang risau sangat tak cukup susu ni sebab risau baby tak kenyang nanti tak besar. So gigih lah cari semua makanan penggalak susu ni. Tapi........susu tak banyak pun. Cukup-cukup makan jer untuk Auni....lepas auni 6 bulan memang kena top up juga dengan susu formula. 

Bila anak kedua saya lebih banyak membaca tentang penyusuan. Rupa-rupanya KEGAGALAN PENYUSUAN ni ada banyak faktor. Ada 5 perkara yang perlu diberi perhatian jika mommies sekelian nak menjayakan penyusuan.

#Nutrisi Ibu

Nutrisi yang cukup sangat penting buat ibu-ibu menyusu. Ibu kena sihat barulah sistem badan boleh berfungsi dengan baik. Betul tak??? kalau ibu selalu sakit macam mana nak menyusukan baby. Atau ibu sering letih juga merupakan faktor kurangnya penghasilan susu.

#Emosi yang terkawal, ceria & tenang

Pernah tak ibu dalam keadaan stress menyusukan baby??? Keluar tak susu??? Perasan tak susu susah nak keluarkan?? ini kerana flow susu hanya boleh jadi lancar kalau kita tenang, relax dan ceria. Tau tak, salah satu cara utk ceria adalah dengan menatap gambar anak semasa pam susu 😉

#Kekerapan memerah susu  

Breast kita perlu dirangsang utk menghasilkan susu. Bukan setakat jaga pemakanan semata-mata.Lagi kerap dirangsang, lagi banyak susu dihasilkan Nak senang faham, konsep susu ibu adalah supply and demand. Lagi banyak demand, lagi banyak badan akan supply. Kalau baby dah reject direct feeding, rangsang dengan cara pam breast setiap 2 jam atau 3 jam sekali. Kalau rasa low lagi, buat power pumping.

#ibu minum cukup air

Nak susu banyak kena lah banyak minum air. Logik kan??? Salah satu komponen utama susu ibu adalah air. Nama pun susu, confirm lah cecair kan? Cakap pasal banyak, berapa banyak ye?? Kena cukup 3 liter, kalau tak cukup makan lah vitamin apa pun… milk booster apa pun… Confirm susu tetap takkan melimpah ruah.

#Elakkan Minuman berkafein

Adakah mommies penggemar minuman berkafein? tahu tak, minuman berkafein ini akan menghalang badan kita daripada menyerap nutrisi dan secara tidak langsung membuatkan susu merudum teruk. Cuba jauhi minuman berkafein dan lihat kesannya. Tak boleh langsung ke minum kafein? Boleh. Kalau nak minum kafein, kena jarakkan pengambilan 2 jam.
Macamana nak tackle isu diatas?? saya kongsikan apa yang saya buat. Masa menyusukan anak kedua saya ambil SET IBU MENYUSU SHAKLEE. dalam set ni ada:
MULTIVITAMIN yang bekalkan vitamin dan mineral yang badan kita perlukan supaya boleh berfungsi dengan baik dan atasi keletihan.
2-B-Complex yang merupakan "ANTI-STRESS VIT" yang kawal emosi kita agar tenang.
Selain dua vitamin diatas set menyusu ini juga mengandungi ALFALFA, VITAMIN C, OSTEMATRIX & ESP. Setiap satu ada fungsibya tersendiri. Mommies boleh refer sini untuk lebih info tentang setiap vitamin ni. 

Lepas ni mommies bole tengok mana-mana yang perkara yang terlepas pandang tu. Boleh lah slowly tackle ye. Lepas dah tackle semua isu ni insyaAllah susu akan kembali meriah. Boleh lah mommies menyusukan baby sampai 2 tahun nanti.
Jika ingin dapatkan SET PENYUSUAN SHAKLEE boleh hubungi saya di 0126088399 atau emal di aniszzddin@gmail.com
Salam ceria,
aniszzddin



No comments:

Post a Comment