Friday, September 2, 2016

5 Petua hilangkan kelemumur hanya dengan bahan-bahan didapur anda!

Rimas dengan kelemumur? Mari saya kongsikan tips hilangkan kelemumur hanya dengan bahan-bahan dari dapur anda!



* YOGURT*
1. Gunakan yogurt anda untuk menghilangkan kelemumur. Cuma bilas rambut dengan air kemudian sapukan yogurt keatas kulit kepala dan biarkan untuk 10-15 minit.
2. Bilas dengan air yang bersih, guna syampu dengan kadar yang sedikit sekiranya perlu.

*ASPIRIN*
1. Pecahkan 2 tablet aspirin sehingga lumat.
2. Masukkannya ke dalam syampu rambut anda, dan sapu/guna seperti biasa.
3. Biarkan syampu pada kepala anda untuk seketika (2-5 minit), kemudian bilas seperti biasa.

*CUKA EPAL (Apple Cider Vinegar)*
1. Ambil satu bahagian cuka epal dan campurkannya dengan satu bahagian air bersih.
2. Basahkan rambut anda seperti biasa dan kemudian tuangkan campuran cuka tadi dengan berlahan-lahan ke atas permukaan kulit kepala anda.
3. Biarkan untuk 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.
4. Kesan cuka akan hilang setelah kulit kepala anda kering.
5. Ulang langkah di atas setiap hari untuk seminggu dan lihat kesannya.

*PISANG DAN CUKA*
1. Kupas satu ulas pisang.
2. Campurkannya dengan 2 cawan cuka dan lumatkan sehingga ia menjadi paste
3. Kemudian sapukannya keatas rambut dan kulit kepala.
4. Ratakan campuran tersebut keseluruh permukaan kepala anda
5. Biarkan selama 20 minit sehingga 1 jam, dan kemudian bilas dengan sempurna.
6. Ulang langkah setiap hari selama 1 minggu.

*BAKING SODA*
Gantikan syampu rambut anda dengan baking soda. Baking soda digunakan dalam perbagai situasi dan termasuklah dalam menghilangkan kelemumur.
Cara-caranya adalah mudah, anda cuma perlu menggosok sedikit baking soda pada rambut dan kulit kepala anda. Kemudian bilas selepas 1 minit.
Ulangi langkah di atas setiap hari untuk 2 minggu. Anda akan terkejut dengan hasilnya!

Sekian perkongsian saya dalam entry kali ini. InsyaAllah saya akan kongsikan tips kesihatan dan kecantikan yang lain dalam entry yang akan datang!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.



*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Salam Ceria,

No comments:

Post a Comment