Thursday, September 1, 2016

10 KEPENTINGAN DETOKS UNTUK TUBUH!

Ramai yang tak sedar betapa pentingnya detoks ni. Detoks sebenarnya perlu untuk menyingkirkan toksin dari badan yang menjadi punca pelbagai penyakit.

Disini saya kongsikan 10 KEPENTINGAN DETOKS UNTUK TUBUH!

1-Menyingkirkan toksin dari tubuh
Gaya hidup kita sekarang mendedahkan kita kepada unsur toksin seperti bahan kimia dalam alat solek, produk pembersihan rumah, racun serangga dan macam-macam lagi. Ditambah pula dengan tabiat suka makan makanan ringan, tubuh kita sememangnya setiap hari menerima toksin secara tidak langsung. Toksin ini jika tidak disingkirkan akan memberi kesan buruk jangkamasa panjang kepada metabolisma, tabiat dan sistem imun.

2-Mencegah penyakit kronik.
Toksin yang tinggi dalam badan adalah punca pelbagai penyakit seperti kanser kolon. Ini kerana toksin yang terkumpul didalam badan menyumbang kepada sistem imunisasi yang lemah yang secara tidak langsung menjejaskan sistem detoks dalaman tubuh kita akibat terlalu terbeban dengan toksin yang terlalu tinggi.

3-Meningkatkan sistem pertahanan badan
Sistem imun yang lemah akan mendedahkan tubuh kepada serangan virus yang menjadi punca penyakit seperti demam, selsema dan batuk. Rutin detoks yang konsisten membantu meningkatkan sistem pertahanan badan kita.

4-Menurunkan berat badan
Toksin yang tinggi menyebabkan metabolisma badan rendah. Bila metabolisma badan rendah badan tidak dapat membakar lemak dan secara tak langsung menjadi punca kegemukan. Berat badan berlebihan menyumbang kepada penyakit seperti diabetes, sakit jantung, darah tinggi dan pelbagai penyakit merbahaya yang lain.

5-Memperlahankan proses penuaan
Detoks membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas. Radikal bebas mengganggu penyerapan nutrisi oleh badan yang merupakan salah satu sebab berlakunya penuaan sebelum usia.

6-Meningkatkan tenaga tubuh
Dengan melakukan detoks, badan lebih "bersih" dan bertenaga. Emosi stabil dan fizikal lebih sihat.

7-Kulit cantik berseri
Toksin yang tinggi juga menyebabkan kulit berminyak dan kusam, jerawat muncul serta tona menjadi tidak sekata. Percayalah, proses detoks membantu mengatasi masalah ini.

8-Mengembalikan keseimbangan tubuh
Tubuh kita dijadikan dengan begitu sempurna. Sistem tubuh seperti sistem penghadaman, saraf dan hormon memang tel ah dicipta untuk bekerja bersama-sama bagi memastikan manusia mencapai kesihatan optimum. Toksin yang tinggi menjejaskan keseimbangan ini.

9-Menstabilkan mental dan emosi
Apabila sistem tubuh berfungsi dengan baik, ia secara tak langsung memberi kesan positif kepada mental dan emosi kita. Mental dan emosi yang stabil membolehkan kita membuat keputusan dan berfikir dengan lebih baik.

10-Mempertingkatkan kualiti hidup
Kesimpulannya, sistem tubuh yang sempurna serta mental dan emosi yang baik dan stabil mempertingkatkan kualiti hidup kita. Tetapi toksin yang tinggi menyebabkan berlaku yang sebaliknya. Oleh sebab itu detoks sangat penting.

SET DETOKS SHAKLEE BANTU ANDA DETOKS DENGAN SELAMAT & BERKESAN!







Setiap pembelian set detoks ini disertakan jadual pemakanan selama 7 hari dan lengkap dengan jadual pengambilan supplement yang disarankan.



Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam Ceria,
aniszzddin

No comments:

Post a Comment