Tuesday, December 15, 2015

Impak diet tinggi protein & rendah lemak

Betul ke diet tinggi kandungan protein dan rendah karbohidrat adalah jalan singkat terbaik untuk mendapatkan bentuk badan idaman??? Memang sedang menjadi trend diet protein ini sehinggakan produk-produk perlangsingan badan dan juga cara berdiet yang kebanyakannya bercirikan idea yang diilhamkan daripada buku "Dr-Atkins - new diet revolusion"

Ciri-ciri diet Atkins yang diilhamkan oleh Dr. Robert Coleman Atkins seorang pakar jantung ialah:

"Diet yang sangat rendah kandungan karbohidrat tetapi tinggi kandungan protein serta pengambilan lemak adalah bebas"  

Saranan Diet Malaysia menggariskan panduan pengambilan makanan seimbang iaitu 55-60 peratus karbohidrat, 15-20 peratus protein dan 30 peratus lemak daripada jumlah kalori tenaga dalam sehari. Pengambilan diet yang tidak seimbang iaitu jumlah karbohidarat yang terlalu sedikit mengakibatkan kkekurangan kalsium, serat, antioksidan dan fitonutrien manakala jumlah lemak, lemak tepu dan kolestrol pula akan berlebihan.

Perbandingan telah dilakukan diantara peratusan kalori daripada lemak dimana didapati diet tinggi protein, rendah karbohidrat ini mengandungi 6 peratus kandungan tenaga daripada lemak manakala diet seimbang hanya 30 peratus.

Jumlah kolestrol juga lebih tinggi iaitu 1000 mg kolestrol diambil daripada diet ini berbanding hanya 300 mg oleh diet seimbang di dalam satu hari. Maka tidak hairanlah kenapa diet tinggi protein dan rendah karbohidarat ini mempunya kaitan rapat dengan penyakit jantung.

Kebanyakan pengamal diet ini berpendapat dengan mengelakkan pengambilan karbohidrat, tubuh badan akan mula menggunakan lemak simpanan di dalam badan sebagai sumber tenaga seterusnya menyebabkan penurunan berat badan yang mendadak tanpa perlu melakukan senaman.

Karbohidrat adalah sumber tenaga yang utama dimana tubuh badan akan menggunakan karbohidrat terlebih dahulu sebelum menggunakan lemak dan otot sebagai sumber tenaga.

Tanpa kehadiran karbohidrat sebagai sumber utama. lemak akan digunakan seterusnya bahan keton akan terhasil akibat daripada metabolisma asid lemak. Keton hadir di dalam urin ini menunjukkan yang tubuh badan sedang menggunakan lemak sebagai tenaga dan ini menunjukkan yang tubuh badan sedang "kebuluran" 

Diantara simptom paras keton yang tinggi ialah dahaga, kerap kencing, dehidrasi, loya, muntah, nafas berbau, penglihatan terganggu serta boleh juga mengakibatkan kekeliruan pada otak kesan toksin akibat paras keton tinggi dan asid telah berkumpul diotak.

Manakala pengambilan protein yang tinggi pula akan memberikan rasa kenyang  serta kepuasan semasa makan. Harus juga diingatkan bahawa sekiranya peratusan pengambilan protein adalah berlebihan daripada saranan Panduan Dietari Malaysia, ia boleh menyumbang kepada peingkatan paras asid urik seterusnya boleh mengakibatkan serangan gaot.

Paras asid urik biasanya meningkat pada individu yang mengalami penurunan berat badan secara drastik tanpa melakukan senaman yang berkala. Senaman berkala yang dilakukan bersama penurunan berat badan boleh mengelakkan serangan gaot.

Kesimpulannya, untuk kurus dengan sihat diet seimbang sangat memainkan peranan yang penting. jangan lupa lakukan senaman serta ambil supplement utuk membantu badan meningkatkan metabolisma agar stabil.

Tak salah untuk mencuba apa jua jenis diet yang dirasakan sesuai, tapi lakukan dengan ilmu agar amalam diet kita tak makan diri kita sendiri. 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam ceria,
aniszzddin

No comments:

Post a Comment