Friday, November 27, 2015

3 tips kawal berat badan anak

Ingin membantu anak-anak anda mengawal berat badan mereka??? Cuba 3 tip yang saya kongsikan ini.




1-KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Menurut Journal Klinikal Nutrisi Amerika, kanak-kanak yang berlebihan berat badan akan makan 34 peratus lebih kalori daripada makanan ringan berbanding jumlah yang perlu mereka ambil walaupun tidak merasa lapar. Oleh itu, cuba halang mereka daripada mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan lemak dan gula ketika berada diluar mahupun dalam rumah.




2-BENARKAN MEREKA BERMAIN

Tukarkan permainan video yang hanya memerlukan mereka untuk duduk sahaja kepada permainan yang lebih aktif seperti menari atau main sorok-sorok (hide and seek). Kajian di United Kingdom mendapati aktiviti sebegitu dapat menurunkan 0.1-0.3kg dalam tempoh seminggu sekiranya ia dilakukan diantara 1-1.9 jam sehari.



3-AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Beli dan hidangkan lebih banyak sayur-sayuran. Belikan pilihan kepada anak-anak  untuk membuat keputusan ketika membeli barang keperluan dapur. Jadilah ibu yang kretif untuk mencipta juadah-juadah yang menarik untuk mereka nikmati seperti agar-agar campuran buah-buahan segar. Buah pisang shake atau aiskrim buah-buahan. Kurangkan minum minuman manisdan snek berkalori tinggi seperti kentang goreng, biskut dan manisan. Sebaliknya berikan kekacang, emping jagung dan buah-buahan kering. Pastikan anda sekeluarga bersarapan setiap hari kerana ianya permulaan yang penting setiap hari anda.



Cuba ye ibu-ibu, menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak membesar dengan siha, cergast dan cerdas.

Salam ceria,
aniszzddin

No comments:

Post a Comment