Friday, August 7, 2015

Risiko Makan Banyak di Musim Raya

Musim raya ni memang sukar nak kawal diet. Ye la open house sana sini sepanjang syawal ni, siapa yang mampu nak lawan nafsu kan??? Hampir semua hidangan mengandungi kadar lemak, gula, garam dan kolestrol yang tinggi. Itu belum lagi minuman yang manis yang tersedia serta kudapan seperti kerepek-kerepek yang lazat.

risiko makan banyak


"Trend" pemakanan menjelang syawal ini boleh mengundang pelbagai risiko tanpa kita sedari antaranya ialah:

1-Perut terkejut

Dalam keadaan berpuasa, kadar metabolik turun kerana tidak banyak makanan untuk diproses. Namun apabila hari raya, individu yang makan terlalu banyak boleh mengakibatkan kadar metabolik mereka semakin tidak stabil. Kerana keadaan ini, individu yang makan berterusan akan mengalami penambahan berat badan secara mendadak, segala makanan yang masuk secara banyak itu tidak boleh dibakar oleh sistem metabolisme kerana keadaannya yang lemah selepas sebulan berpuasa.


Antara risiko yang boleh terjadi pada individu yang tidak mengawal pemakanan mereka pada musim raya ialah sembelit. 

3- Buasir

Apabila sembelit berlaku, masalah seperti buasir akan timbul. 


Selain itu, usus juga boleh mengalami kecederaan dan sekali gus mengakibatkan sistem penghadaman kacau bilau. 

5- Peningkatan paras gula & garam dalam badan

Ketika bulan puasa, pesakit darah tinggi atau kencing manis akan turun kadar glukos dan kolesterol tetapi naik mendadak pada musim raya kerana rata-rata hidangan adalah tinggi gula, garam & kolestrol. Mana tak nya, kombinasi lemang, rendang, kuah lodeh serta kacang memang "geng" baik untuk tingkatkan gula, garam dan kolestrol dalam badan kita. Itu belum lagi cerita tentang, nasi beriyani, kambing golek, laksa dan lain-lain juadah.

Kesimpulannya, boleh je menghadiri jemputan rumah-rumag terbuka, cuma kena kawal nafsu. Kita tidak mahu bulan raya diserang penyakit berbahaya, sebab itu kena kawal makan. Buang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Selain menikmati makanan yang sedap pada hari raya, pastikan juga minum air kosong 8 gelas sehari demi kesihatan yang optimum. 

Salam Ceria,
aniszzddin

4 comments:

  1. memang sedap makan di open house..macam2 nk cuba. tu yg sampai sakit perut. hehe

    sy follow blog sis #39
    jemput singgah www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih maisarah sudi singgah blog saya, nnt kita huat lawatan balas ye!

      Delete
    2. Terima kasih maisarah sudi singgah blog saya, nnt kita huat lawatan balas ye!

      Delete
  2. Usus cedera tu memang bahaya...!!
    Kurangkan lah makanan terlalu pedas... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete