Tuesday, August 18, 2015

Tak mahu ambil supplement sebab tak mahu jadikan diri bahan eksperimen???

Saya terpanggil nak buat entry ni lepas dapat feedback dari rakan-rakan dan kenalan yang tak mahu mengambil supplement kerana tak mahu tubuh badan dijadikan bahan eksperimen. Sebeum tu suka saya nak ingatkan yang entry ini adalah pendapat saya berdasarkan ilmu secubit yang saya ada tentang supplement dan kesihatan ni. Sejujurnya saya  sehingga hari ini masih banyak belajar tentang kesihatan dan supplement ini. 

Tahun ini merupakan tahun ketiga saya mengamalkan supplement semulajadi shaklee secara konsisten. Sebelum ni saya ambil supplement hanya bilamengandung atau sakit itupun sebab doktor yang suruh beli atau diberi masa mendapatkan rawatan. Kalau tak saya tak ambil pun supplement. Sebab bagi saya vitamin dan mineral perlu tu boleh didapati dari makanan harian kita. 

Tapi bila saya kenali shaklee tanggapan saya berubah sama sekali. Bukan sebab saya jual shaklee jadi saya makan supplement secara konsisten tapi sebab saya mula mendalami ilmu tentang nutrisi dan kesihatan. Bagi saya supplement kini adalah suatu keperluan. Kenapa??? 

Sebab, terdapat banyak faktor negatif dalam kehidupan seharian kita. Antaranya gaya hidup yang kurang sihat seperti amalan merokok, budaya kurang bersenam, tidak mengamalkan diet yang seimbang, makan lewat malam, kurang rehat dan tidur. Kesemua ini boleh mengundang kepada pelbagai penyakit kronik.

Sehubungan itu, badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif. Antara vitamin yang terbaik ialah vitamin C, vitamin E, asid amino, zink dan lain-lain lagi. Untuk mendapatkan semua vitamin-vitamin dan mineral ni pada kadar optimum seperti yang dicadangkan oleh RDA adaah sesuatu yang sukar, jadi supplement adalah alternatif terbaik.



Berikut saya kongsikan tips memilih supplement jika mahu mengamalkannya.

  1. Baca label supplement sebelum membeli
  2. Pastikan anda melihat tulisan 'Dietary Supplement' pada label supplement. Ini kerana tulisan ini telah ditentukan dalam Dietary Supplement Health and Education Act of 1994 (DSHEA)
  3. Pastikan label supplement itu menulis informasi tentang pengeluaran, nama dan alamat pengeluaran.
  4. Teliti tarikh pengeluaran dan tamat tempoh supplement yang anda beli.
  5. Pastikan anda mengetahui kandungan supplement dengan jelas seperti nutrisi, jumlah kandungan, bahan yang digunakan, saiz atau jumlah produk dalam bekas tersebut.
  6. Periksa informasi yang berkaitan dengan jumlah dan cara penggunaan (Direction for use/suggested Use) dan jumlah hidangan (serving size)


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Salam Ceria,
Aniszzddin


1 comment:

  1. zaman sekarang rata-rata memang memerlukan supplement utk tingkatkan kesihatan.. yang penting pilih supplement terbaik.. kan..kan.. :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete