Wednesday, August 19, 2015

Bakar EXTRA KALORI dengan 5 TARIAN!

Bila cakap pasal nak dapatkan berat badan ideal, kombinasi DIET SEIMBANG dan SENAMAN adalah kunci utama. Part DIET SEIMBANG tu pasti tak jadi masalah tapi bila bercakap tentang SENAMAN pasti ramai yang mengeluh, bukan saje masalah semangat tapi faktor masa juga memainkan peranan. Ye lah biasanya kena spend masa untuk jogging di taman-taman awam atau pergi ke gym untuk lakukan senaman. 

Dalam entry kali ini saya kongsikan 5 jenis tarian yang anda boleh lakukan sediri dirumah sebagai senaman untuk bakar kalori. Bunyi menarikkan???? Tak perlu ke kelas tarian kerana anda boleh ikuti langkah video klip atau video trainer yang boleh didapati dengan mudah hari ini. 

tarian

Berikut 5 tarian yang boleh anda pertimbangkan.

BELLY DANCE
Belly dance atau tarian perut ini adalah salah satu tarian tertua didalam sejarah yang berasal dari Timur Tengah. Tarian ini sangat menitikberatkan gerakan pinggul, dada dan juga paha. Tarian ini bantu anda dapatkan perut yang rata dan postur tubuh yang lebih seksi! lakukan belly dance secara rutin selama setengah jam atau sejam sehari. Tanpa sedar anda dah bakar 250-300 kalori extra.

SALSA
Salsa berasal dari latin dan biasanya dilakukan secara berpasangan. Salsa tergolong dlam latihan kardio kerana terkenal dengan gerakan yang pantas sehingga dapat membakar 10 kalori seminit. Semakin cepat gerakan semakin banyak lemak dan kalori yang dapat dibakar. Ini kerana pola gerakan yang tertumpu pada pinggang dan kaki. Selain ukuran pinggang pun jadi kecil kaki juga akan lebih seksi dan menawan! 

HIP HOP
Dikembangkan oleh masyarakat afro Amerika, hip hop adalahsalah satu tarian yang paling dinamik dan bertenaga yang mampu menurunkan berat badan dengan cepat. Sekaligus ia turut membentuk dan mengencangkan bahagian punggung, paha dan kaki. Dengan diiringi muzik yang membuat tubuh anda bergerak mengikut irama, bagi yang memiliki berat antara 60-75kg mereka dapat membakar sebanyak 388-465 kalori apabila melakukan tarian ini selama 60 minit.

ZUMBA
Zumba pertama kali diperkenalkan diAmerika pada tahun1990an. Gabungan antara aerobik, samba, salsa, mambo dan hip hopyang ada pada tarian zumba ini tertumpu pada gerakannya pada pinggul, perut dan kaki. Bagi anda yang baru melakukan zumba selama 1 jam anda dapat membakar 400-800 kalori. Semakin aktif anda berzumba, mungkin anda mampu mendapatkan berat badan ideal dengan membakar sebanyak 1000 kalori per jam.

MODERN JAZZ
Jika anda mencari tarian yang memiliki gerakan yang lebih perlahan, modern jazz adalah jawapannya. Meskipun tidak lincah seperti tarian-tarian lain, namun tarian ini mampu membakar 355 kalori per jam. Selain melangsingkan tubuh badan, gerakan-gerakan asas seperti melompat, memutar dan menendang pada tarian jazz ini mampu membuat tubuh badan menjadi lebih cantik, menguatkan otot kaki serta membentuk perut, payudara dan otot tangan.

Apa lagi jom goyang pinggul!

4 comments:

  1. woww...!! salsa tu macam best je.... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  2. wih mantab, apalagi klo sampil tampil di panggung, bisa dapat duit pula.. hehehe

    ReplyDelete
  3. ternyata bakar kalori cukup mudah jugga ya ?? hanay dengan dance seperti itu hehe

    ReplyDelete