Thursday, March 5, 2015

Alhamdulillah, dah masuk 4 bulan suami saya berhenti merokok!

Suami berhenti merokok, apa yang best sangat??? Jika suami anda juga seorang perokok, anda pasti faham bagaimana perasaan seorang isteri yang suaminya perokok tegar. Sebab kita tahu kesan rokok terhadap kesihatan dan sebagai isteri kita dalah orang yang paling risau jika sesuatu terjadi kepada suami kita. Tapi menyuntik semangat dan mendorong seorang perokok tegar berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah. Suami saya seorang perokok tegar, mula merokok pada usia 15tahun. sekarang umur dia 34 tahun bayangkan hampir 20 tahun merokok....sudah beberapa kali dia cuba untuk berhenti especially bila dia batuk teruk....tapi semuanya gagal. 

Saya memang pastikan suami saya ambil vitamin setiap hari sebab saya tahu badan dia memang penuh dengan racun dari rokok yang dia hisap setiap hari. Itu sahaja yang mampu saya buat sebab untuk berhenti merokok, ia perlukan kemahuan yang tinggi dari si perokok itu sendiri. Dia sendiri pun aware tentang isu ni tapi macam saya kata tadi semangat tu perlu tinggi. Sebab konon-konon sedar diri dia sendiri yang request nak ambil vivix setelah saya ceritakan kepada dia tentang khasiat yang ada pada vivix. Saya juga tunjukkan beberapa testimoni tentang perokok-perokok yang berjaya berhenti dengan vivix. 

Suami saya konsisten ambil vivix sejak setahun yang lalu, saya perhatikan sejak ambil vivix dia mula kurang merokok dari 10 batang sehari berkurang kepada 5-6 sehari. Katanya tak berapa sedap rokok tuh......happy saya dengar. Lama kelamaan memang beransur-ansur minat terhadap rokok tu hilang dan akhirnya pada bulan november tahun lepas dia bagitahu saya yang dia nak berhenti merokok sebab dah "tak feel" nak merokok walaupun hisap rokok mahal. Yesss! memang ini yang saya tunggu. Dan kini ketika saya buat entry ni dah masuk 4 bulan dia berhenti merokok. Ia bagaikan rahmat dari Allah buat kami sekeluarga.

Pssst, semperna topik berhenti merokok ni kan, saya nak share satu video tentang testimoni berhenti merokok juga dari seorang perokok tegar.





Semoga perkongsian ini membantu perokok-perokok mahupun isteri-isteri perokok tegar yang ingin bantu suaminya berhenti merokok.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam ceria,
aniszzddin


No comments:

Post a Comment