Wednesday, March 4, 2015

4 Tips Kekalkan Kesegaran Kulit Muka

Kulit muka sentiasa segar, mulus dan licin tanpa sebarang cela memang menjadi dambaan semua orang, wanita terutamanya. Ye lah mana ada orang suka kalau muka nampak kusam, berjeragat dan nampak kering je kan???? Tapi disebabkan gaya hidup kita, tekanan kerja, kurang rehat dan makan yang tak menentu, terpaksalah pakai make up tebal-tebal untuk menutup kulit yang tak sekata, bekas parut jerawat dan garis-garis halus yang dah mula muncul. 

Kali ini saya kongsikan 4 tips untuk kekalkan kesegaran muka, kurang rehat juga merupakan faktor kepada muka nampak letih dan kusam. Tips ni saya sendiri praktikkan dan alhamdulilah menjadi, tapi kena banyakkan bersabar sebab bukan senang nak buat benda-benda yang baik ni.

Tips pertama ialah SENYUM SOKMO :))))) yang ni tak perlukan modal atau usaha yang banyak lagipun tak banyak otot yang diperukan untuk mengukir sebuah senyuman berbanding dengan bermasam muka. Bangun pagi senyum, jumpa orang senyum. Dengan senyuman otot-otot muka tak perlu bekerja lebih, senyuman juga menjana aura positif dan secara tak langsung menarik rezeki datang kepada kita.


” Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis, berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit)”       wikipedia 

Tips yang kedua ialah BUAT SENAMAN MUKA. Yang ni pun tak perlukan modal dan paling best tak perlu bangun dari katil pun pagi-pagi lepas bangun tu. Boleh dilakukan diatas katil dan sangat mudah. 

Caranya: Bangun je dari tidur tu, ngeliat sikit, lepas tu urut-urut  muka tu. Urut-urut sikut pipi, dahi dan bawah dagu.

Senang kacang kan???? Jangan lupa cuba eh...pastikan konsisten tau!


Tips yang ketiga pula perlukan sedikit pelaburan, kena keluar modal sikit la, tapi tak rugi sebab untuk diri sendiri juga. Kalau yang ada suami tu untuk suami la kan bukan orang lain pun. Tipsnya ialah GUNAKAN PRODUK PENJAGAAN KULIT MUKA YANG BEBAS BAHAN KIMIA.

Memang semua kita nak nampak putih, licin. Cara paling singkat guna krim pemutih. Dalam tak sedar, krim tu menipiskan kulit muka. Bahaya tu. Biar lambat asalkan selamat. Saya memang gunakan pencuci muka bebas bahan kimia dan bersihkan muka dengan cara yang betul seperti langkah-langkah dibawah.
Sebelum mencuci muka disyorkan supaya
  1. Lap dulu  muka menggunakan tisu basah atau baby oil.Tujuan dia nak cuci kotoran yang mungkin pencuci muka tak mampu nak bersihkan.Kalau kerap keluar rumah, kaedah ni sesuai sangatlah.
  2. Beri tumpuan sekitar zon T.
  3. Buat buih dulu sebelum disapu pada muka
  4. Jangan sapu terlalu kuat, ala kadar je tetapi berulang-ulang.

Selepas mencuci muka gunakan penyegar yang disapu lembut pada kulit yang dikeringakan terlebih dahulu. Oh ye, sediakan tuala khas ye untuk lap muka, kalau boleh jangan guna tuala mandi tu. Penyegar juga pastikan yang bebas bahan kimia.

Seterusnya sapukan krim malam/pelembap bebas parabenBerhati-hati ketika menggunakan pelembab. Jangan guna berlebihan, nanti kulit tu nampak macam berminyak.

Tips keempat ialah BUAT SCRUB/MASKER MUKA SEKURANG-KURANGNYA SEMINGGU SEKALI!

Saya biasanya manfaatkan stok vitamin-vitamin yang saya ada. Antara yang saya dah cuba dan konsisten lakukannya.

Masker Vitamin C >>> Vita-C yang ade je. Senang sangat, 1 tablet Vita-C tu saya rendam dalam air.Bila dah hancur, baru lumur kan kat muka. Agak-agak dah rata baru bilas dengan air bersih. 

Masker ESP >>> Ambil sesudu besar ESP bancuhkan dengan air agak boleh sapu ye kepekatannya tu kemudian sapu rata kat muka. Biarlah 3-5 minit kemudian bias dengan air suam. 

Nota: ESP boleh juga dicampurkan dengan yogurt plain.

Masker Vitamin E >>> ambil sebiji vitamin E, cucuk kapsul dengan jarum dan picit vitamin E keluar. kemudian sapu rasa dimuka. Bilas keesokan paginya.

Masker cum scrub alfalfa >>> ambil 3 biji alfalfa pecahkan guna belakang sudu kemudian bancuh dengan air dan sapu rata dimuka. Biarkan sedikit kering dan boleh gosok secara lembut iaitu jadikan ia sebagai scrub. Kalau tak nak buat scrub, just nak buat masker je pun takpe...boleh la biarkan alfalfa tadi kat muka sampai betul betul kering. Bilas muka dengan menggunakan air sehingga bersih.

Ok sekian saje tips dari saya tentang penjagaan kulit muka. Tips ni untuk muka kelihatan segar dan berseri bukan untuk nampak putih melepak. Jadi saya harap sangat kawan-kawan yang baca ni tak meletakkan harapan nak putih melepak bila amalkan tips diatas ni. Warna kulit yang Allah anugerahkan untuk kita ni yang paling cantik untuk kita. Jadi kita jaganya dengan baik bukan cuba ubah apa yang Allah dah kurniakan. 


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam ceria,
aniszzddin







No comments:

Post a Comment