Monday, March 2, 2015

10 perkara yang mungkin anda tak tahu tentang shaklee

Semalam 1 mac 2015 bermulanya cycle baru dalam calender shaklee. Saya bermula dari tahun 2012, dari hanya makan sendiri, saya rekemen kat sedara mara dan sahabat handai. Saya sentiasa teruja berkongsi tentang shaklee. Sebab "shaklee" penuh dengan kisah dan ilmu yang sentiasa buat saya terus berusaha untuk belajar dan mendalaminya. Pengasas shaklee ini sendiri punya cerita istimewa.

Sebelum ni saya hanya ambil tahu tentang produk-produk shaklee, status halal, kandungan, keberkesanan dan penyeledikan produknya, tapi bila saya beli buku bertajuk "The shaklee Story" oleh Robert L. Shook saya semkin jatuh hati dengan shaklee. Banyak yang diceritakan dalam buku ini tapi hari ni saya kongsikan 10 tentang shaklee yang mungkin anda tak tahu.




1. Dr Forest C Shaklee yang merupakan pengasas shaklee  dilahirkan pada tahun 1894 dan merupakan seorang doktor chiropractor, ahli falsafah, entrepreneur, orator, dan pencinta alam semulajadi.
Dr Forest C Shaklee

2. Setelah doktor mengesahkan jangka hayat beliau tidak lama kerana menghidapi tuberculosis sejak dari lahir, Beliau sekeluarga berpindah ke kampung kerana ibu bapanya percaya bahawa yang terbaik untuk beliau adalah udara yang segar dan rehat yang cukup. Dikampung itu beliau mempelajari tentang herba dan memulakan kajian sendiri untuk mencipta supplemen. Menariknya bahan yang digunakan bagi kajian untuk menghasilkan supplemen tersebut adalah daripada ladang mereka sendiri.
10 perkara tentang shaklee
Sedikit maklumat tentang Tuberculosis (TB)
3. Dr. Forrest C. Shaklee yakin kesihatan yang optimum adalah daripada nutrisi yang baik. Beliau banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropractic care.
4. Pada tahun 1915, Dr. Forrest berjaya menghasilkan multivitamin yang pertama di dunia dan dinamakan sebagai Vitalized Minerals. Beliau mengamalkan produk pertama tersebut dan selepas mengambil Vitalized Minerals ternyata jangkaan doktor itu meleset sama sekali. Inilah yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal.
5. Shaklee Corporation telah berada dalam industri MLM sejak tahun 1956 dan antara syarikat yang terbukti telah berjaya dalam industri ini lebih dari 59 tahun.
6. Dr. Forrest C. Shaklee mengasaskan Shaklee berlandaskan Living in Harmony with Nature (Hidup Secara Alami) yang bertanggungjawab dalam mencipta produk yang boleh meningkatkan kesihatan manusia. 
10 perkara tentang shaklee

7. Ibu pejabat Shaklee terletak di Pleasanton, California bukan sekadar pusat beroperasi, malah ia telah direkabentuk oleh Arkitek yang terbilang, Gensler berkonsepkan bangunan mesra pengguna dan mesra alam sebagaimana komitmen Shaklee terhadap “Kehidupan yang harmoni bersama Alam Semulajadi”. 
Ibu Pejabat Shaklee di Pleasanton, California (banyak nak cerita tentang bangunan ibu pejabat shaklee ni tau, tapi dalam next entry nanti)
8. Shaklee melaburkan berbillion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee berbeza dengan syarikat lain yang membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran. 
9. Falsafah produk Shaklee ” Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam”. Setiap produk yang masuk ke dalam botol Shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan, bekerja tanpa kompromi, dan menjadi mesra alam di planet ini.
falsafah shaklee

10. Terbaru, Shaklee Malaysia telah dianugerahkan The Best Nutrition in MLM for year 2014-2015 oleh The Brand Laureate Award for Corporate Branding.  Syarikat terbaik, pelan perniagaan melalui perkongsian terbaik dan Produk juga terbaik.  Pengiktirafan ini membuktikan perbezaan Shaklee berbanding jenama lain di pasaran.
Award yang diterima oleh shaklee baru-baru ini

Penting untuk kita tahu dengan lebih mendalam tentang sesuatu yang kita sukai, sesuai dengan pepatah "tak kenal maka tak cinta" sekarang dah kenal memang cinta abes hihi. 

Sekian dari saya,
aniszzddin

2 comments:

  1. Wahhhh.. serius 1st time saya tahu pasal fakta no 1-3. Terima kasih atas sharing anda.

    ReplyDelete