Wednesday, November 5, 2014

Tips kembalikan minat anak terhadap makanan.

Saya memang suka masak. Lagi-lagi untuk suami dan anak-anak. Tapi kalau kita suka masak tapi takde orang yang nak makan mesti hampa kan???? Rasa syok sendiri jek. Macam tu lah saya rasa masa mula-mula saya bergelar WAHM ibu yang bekerja dirumah kira-kira setahun yang lalu. Saya masih ingat first day dok rumah tu saya sangat excited, semangat menyediakan breakfast, lunch, minum petang dan diner. Siap bakar cake lagi. Tapikan yang beriya-iya makan cuma saya dan suami anak-anak tak nak makan pun. Sedih kan???? Sedih sangat tau. Seminggu berlalu macam tu lah setiap hari sikit sangat makanan yang anak-anak saya nak makan. Saya cuba cari penyelesaian. Pelbagai kaedah dan pendekatan saya gunakan antaranya biar mereka tentukan menu hidangan contoh lunch saya akan tanya dua-dua apa yang mereka teringin nak makan lunch nanti. Masih ingat lagi Auni anak saya yang sulong request nak makan sotong sambal tapi tak nak pedas, telur dadar dan sup bayam. Alhamdulillah...banyak juga yang dijamah oleh mereka.

Sebenarnya hasil pemerhatian saya, mereka hilang minat terhadap makanan ialah disebabkan beberapa faktor seperti:

1)makanan yang dihidangkan di taska sama setiap hari (mereka jemu) dan akhirnya memilih untuk tidak makan.

2)kerap diberi susu. Ini pengalaman saya sendiri. Masa hantar A'isy di taska susu yang saya bekalkan cepat habis sebab A'isy tak suka makan hanya nak susu. Bayangkan budak umur 3 tahun yang sepatutnya kena makan bukan bergantung kepada susu sahaja tapi tak nak makan cuma nak susu sahaja.

3)kerap diberikan makanan ringan, gula-gula dan coklat. Makanan yang tinggi kandungan gula sebenarnya merupakan punca hilang selera makan anak. Jadi jangan biarkan anak-anak kita makan terlalu banyak junk food atau gula-gula.

Jadi untuk kembalikan semula minatnya terhadap makanan saya atasi 3 perkara tadi. Setiap hari saya akan minta mereka berikan menu untuk lunch dan diner. Susu cuma sekali sehari sebab anak-anak saya dah lebih 3 tahun pun tapi saya masih berikan susu supaya mereka dapat cukup nutrisi terutamanya kalsium yang penting untuk tumbesaran mereka. Junk food memang saya tak bagi coklat sekali sekala dan aiskrim pun sama.

Hasilnya selepas sebulan mereka dan mula kembali berselera. Jadi pendekatan yang saya gunakan ialah pupuk minat mereka terhadap makanan dengan menyediakan makanan-makanan yang mereka suka. Oh ye MEALSHAKE juga membantu, saya konsisten berikan kepada mereka setiap hari sebab MEALSHAKE lengkap dengan vitamin dan mineral perlu dan juga tinggi kandungan serat yang baik untuk sistem penghadaman mereka.

Sekarang, asyik minta makan pula, request macam-macam dan yang paling best mereka dah minat kepada sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Tiada perkara yang lebih membahagiakan seorang ibu selain dari melihat anaknya membesar dan sihat didepan mata. 



Tgk ni, request muffin utk minum ptg, kemain selera lagi mereka, mama je la yg kena ready nak masak hehe



Ni menu lunch hari yg sama, nasi ayam dgn sup bebola daging. Memang kalau nasi ayam ni tiap2 minggu ada kat umah ni. Menu wajib.

Kepada ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama, ibu-iu boleh cuba tips saya ni ye, man tau boleh membantu. Saya bukan pakar, anak pun baru 2 orang, sekadar ingin berkongsi cara saya ini. Yang penting ibu-ibu jangan putus asa, kita ikhtiar demi mereka, permata hati kita.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin


No comments:

Post a Comment