Friday, October 24, 2014

Kenapa vivix mahal????

Vivix merupakan satu-satunya supplement shaklee yang berharga agak mahal. Itu feedback yang saya biasa terima bila orang bertanyakan tentang harga sebotol vivix. Kenapa harganya mahal???

Kunci paling utama kenapa Vivix Shaklee mahal adalah terletak pada ramuan yang terkandung dalam Vivix itu sendiri. Mari kita kenal satu persatu ramuan-ramuan "ajaib" ini.

1. Anggur Muscadine


Saiz anggur muscadine ini adalah sebesar bola golf dan harga pasaran dia adalah RM100 = SEBIJI. Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi ciptaan ALLAH SWT yang mempunyai lebih satu kromosom dari anggur biasa yang mana ahli sains percaya ia mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan tinggi satu phyto-nutrient yang tidak dijumpai didalam anggur jenis lain. Muscadine grape telah menunjukkan mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

Selepas dilakukan penyelidikan tambahan, anggur hebat paling mustajab ini dikenalpasti. Seterusnya kumpulan penyelidik ini bersama ahli sains dari Universiti Georgia membangunkan satu proses ekstraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan. Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat didalam vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampau tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah dan Carrot Ungu. Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular vivix.

2. Lobak Unggu (purple carrot)


Adalah sumber terbaik vitamin A, dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocynins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Berry mengandungi banyak anthocyanins terutamanya buah blueberry yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi.

Anthocyanins adalah antioksidan utama didalam "carrot" yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren dan karet ungu-kuning mengandungi kapasiti antioksidan yang tertinggi diikuti oleh carrot ungu-oren. Asid klorogenik ini adalah antioksidan yang paling tinggi didalam semua jenis carrot dan dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi. Sejak kebelakangan ini kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi termasuk antioksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Tambahan pula ia juga mempamerkan kesan pada saluran darah, platlet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronori jantung.

3. Elderberry


Salah satu daripada manfaat elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flu, terutama sekali influenza B.

Berry mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan dapat mengukuhkan sistem immun, melawan jangkitan virus dan bakteria. Pada masa yang sama Elderberry sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin yang memberi kesan anti-radang. Ia juga dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot, sakit sendi, sakit atau demam yang berkaitan dengan selesema atau influenza.

Walau bagaimanapun elderberry tidak hanya kaya dengan antioxidant tetapi juga vitamin A, B dan C dan memberi nutrient seperti asid, amino acids, carotenoid, tannim dan rutin. Semua ini adalah manfaat kesihatan yang didapati dari Elderberry.

Ekstrak elderberry juga berkesan terhadap keadaan seperti flu, jangkitan yeast, astma, batuk, sesak hidung dan dada serta diabetes. Ia juga dapat merendahkan tahap kolestrol dan juga menghalang oksidasi kolestrol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab kepada penyakit kardiovaskular.

Kesimpulannya elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan sakit jantung. Seterusnya lagi manfaat penting dari elderberry adalah pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

4.Polygonum Cuspidatum

Polygonum cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial resveretrol yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional cina. Ahli Sains telah banyak melakukan ujian makmal ke atas haiwan untuk menentukan manfaat kesihatan resveratrol. Kesimpulan daripada ujian klinikal ini menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

Gabunagn ramuan-ramuan terbaik ini telah mengahsilkan VIVIX satu-satunya supplement antioksidan bertaraf premium dari shaklee. Bukan hanay bersandarkan kepada ramuan-ramuan terbaik semata-mata. Para saintis shaklee juga telah menjalankan kajian makmal selepas penyelidikan bertahun-tahun bagi memastikan VIVIX berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

Dari hanya sebotol VIVIX anda bakal memperolehi manfaat kesihatan berikut:


vivix shaklee

Banyakkan manfaat yg diperolehi dari sebotol vivix!!! Selepas membaca entry ini saya yakin anda pasti sudah tidak beranggapan bahawa VIVIX MAHAL kerana khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan kita lebih dari apa yang kita belanjakan.

Jom invest untuk kesihatan tubuh badan kita yg Allah pinjamkan secara percuma ni. kalau bukan kita sape lagi kan???


Hubungi saya
Call/watsapp/sms: 012 6088399
Add friends saya diFB Hairul nisah hussin
Like fanpage saya anisvitashop
Email saya di: aniszzddin@gmail.com

No comments:

Post a Comment