Thursday, June 26, 2014

Demam denggi @ lindungi diri dari gigitan nyamuk aedes!!!

Sekarang ni kerap juga dengar kes-kes denggi. Dikawasan rumah saya pun dah ada kes. Jadi saya terpanggil untuk kongsikan langkah-langkah pencegahan daripada digigit nyamuk aedes. Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Apa yang boleh kita lakukan ialah:

1)Gunakan repellen 
Cara penggunaan: Insect repellen disapu dibahagian kulit yang terdedah. Elakkan menyapu repellen pada kulit yang luka. Baca arahan pada botol.
2) Sembur aerosol (racun serangga) 
Cara: Sembur bilik tidur setengah jam awal sebelum waktu tidur, tutur semua pintu dan tingkap. sembur secara terus ditempat nyamuk berehat, kebiasaannya tempat yang gelap dan terlindung seperti bawah meja, belakang almari, bawah katil dan belakang langsir.

3) Pasang penghalau nyamuk seperti ubat nyamuk (bagus gunakan yang tiada atau kurang bahan kimia seperti yg diperbuat dari serai)

4) Pakai seluar panjang & baju lengan panjang. pastikan pakaian bewarna cerah. warna gelap menarik perhatian nyamuk.

5) Elakkan berada diluar rumah pada awal pagi (6-8 pagi) atau senja (6-8 malam). Waktu ini adalah waktu puncak nyamuk aedes menggigit.

6)Pasang jaring penghalang nyamuk.

7)Tidur dalam kelambu

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. jom perangi aedes, elakkan denggi!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.




*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.








Salam Ceria,


Aniszzddin

No comments:

Post a Comment