Thursday, January 9, 2014

Kepentingan vitamin untuk tubuh

Vitamin adalah nutrisi(zat) yang diperlukan oleh badan kita agar semua organ-organ dalam  badan kita boleh menjalankan fungsinya dengan baik. Secara asas, kita boleh memperolehi vitamin-vitamin dan mineral perlu ini melalui makanan. Akan tetapi cara hidup kita masa kini ( makan makanan segera, memasak sayuran yang menggunakan baja kimia dan racun serangga, makan makanan dalam tin) menyebabkan nilai nutrisi yang diperolehi dari makanan yang kita makan berkurang.

Oleh itu, untuk kesihatan yang baik, menurut Dr Bruce Miller, kita perlukan – makanan seimbang, bersenam, dan suplemen(makanan tambahan). Keperluan vitamin bagi setiap orang adalah berbeza mengikut bangsa, iklim dan tempat tinggal. 

Misalnya orang-orang di tempat sejuk makan banyak makanan berlemak, selain dari memberi perlindungan semulajadi kepada tubuh mereka dari kesejukan, kebanyakan tempat sejuk adalah bergunung-ganang. Kegiatan harian memerlukan lebih tenaga dengan aktiviti melawan graviti. Oleh itu walaupun penduduk Switzerland banyak makan keju dan makanan berasaskan tenusu namun mereka tidak gemuk dan tidak terdedah kepada risiko sakit jantung.


Masyarakat khatulistiwa seperti Malaysia, asal makanan kita mengandungi banyak karbohidrat. Ia memang logik jika kita balik ke 100 tahun dulu, masyarakat Melayu menjalankan kegiatan meneroka, berkebun, berladang… Yang memerlukan banyak tenaga.
Namun berbeza dengan kita hari ini, lebih banyak duduk dari berjalan. Nak bersenam pun kena paksa, tapi masih mengamalkan cara makan yang biasa.

Jadi untuk kesihatan optimum wajar untuk kita menukar menu harian dan aktiviti harian kepada yang lebih sesuai dengan tubuh kita.

Namun di zaman moden ini, bukan itu saja yang harus kita timbangkan. Perkembangan teknologi dan revolusi industri menjadikan kita terdedah kepada pencemaran, radiasi dan sebagainya. Jadi kita perlukan lebih zat2 tertentu untuk tujuan membaik pulih, mencegah dan melindungi tubuh  serta memastikan kesihatan kita berada di tahap optimum.

Akan tetapi perlu diingat bahawa VITAMIN/SUPPLEMEN bukan pengganti makanan, kesihatan yang baik adalah gabungan dari 3 aspek utama iaitu diet yang seimbang, bersenam serta tingkah laku dan minda yang positif.

Jom amalkan gaya hidup sihat! Makan makanan seimbang, bersenam sekurang2nya 2 kali seminggu dan mantapkan amalan2 rohani agar kita lebih bersyukur dan sentiasa positif!


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Salam Ceria,
Aniszzddin






No comments:

Post a Comment