Wednesday, January 8, 2014

Diet pesakit GAOT & vitamin yang membantu!

GAOT - sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah. Asid urik ini juga dikenali sebagai purin. Oleh itu pesakit GAOT harus mengawal diet harian mereka bagi mengelakkan pembentukan asid urik yg menjadi punca utama GAOT. 

Berikut adalah panduan tentang DIET yang perlu diambil dan dielakkan oleh pesakit GAOT.

1-Makanan tinggi purin - adalah makanan yang perlu dielakkan
Beer/alkohol, ikan bilis, daging, organ dalaman (hati, otak, limpa), ekstrak daging, sardin, herring/makarel

2-Makanan purin sederhana- makan dalam kuantiti yg sedikit
Kerang, ayam, asparagus, cendawan, bayam, kekacang, oat, telur

3-Makanan rendah purin - boleh makan
Roti & bijirin (rendah serat, tepung putih atau jenis bijirin halus), kopi, teh, sup tanpa ekstrak daging, keju rendah lemak.

Diet seimbang peakit GAOT ialah makanan yang tinggi karbohidrat kompleks, rendah protein & rendah lemak.


Faktor-faktor Yang Boleh Menyebabkan Gout

1. Tabiat pemakanan yang berprotein tinggi, khasnya daging merah dan seafood.

2. Ubat-bat seperti aspirin, diuretik turut boleh menimbulkan serangan sakit gout.

3. Mereka yang ada masalah buah pinggang atau hati berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

a) Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah       mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik, dengan mengurangkan makanan yang kaya dengan purin

 b) Mengambil supplemen yg boleh mengawal asid urik dalam badan.

1. Alfalfa dikatakan mengandungi tahap purines yang tinggi yang boleh membantu mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan. Alfalfa berfungsi dengan membantu untuk meneutralkan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah, ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. 

2. B-Complex - asid folik yang membantu dalam metabolisma nukleoprotin.

3. Garlic - Bagus untuk meredakan sakit dan bangkak.

4. Ostematrix - Memperbaiki kekejangan dan kebas2

5. Omega guard - Mengurangkan keradangan

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FB anisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:  Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment